Trend terkini anak-anak muda sentiasa mencari sesuatu yang baru dan rare bukan? Hipster bukan sahaja pada penampilan diri, malah pilihan tempat makan juga nak yang hipster. Jangan di Kuala Lumpur sahaja ada yang hispter, di Kuantan juga rupanya dah banyak kafe hipster yang menarik. So, jika anda ke Kuantan, jangan lupa add location di kafe-kafe hispter ini dilaman instagram anda. Penulis bagi enam lokasi kedai hispter unuk anda kunjungi. Let’s scroll!
Kula Cakes
Kafe kecil seakan di dalam taman ini menjual kek yang serious sedap dan lembut! Sebut sahaja kek apa yang anda teringin nak makan, semua ada di sini bukan itu sahaja brownies and pavlova juga ada tau. Best-seller mereka Mango Cheese Cake yang yummy pekat dengan rasa mangga and yang paling unik top keknya berbentuk bunga ros.
Selain itu mereka juga menerima tempahan kek, tengok sahaja dekorasi kek bunga ni. Alahai, penulis tak sanggup nak potong.
Lokasi Kula Cakes yang berada ditengah bandar Kuntan, tidak susah pun nak cari guna sahaja aplikasi Waze. Dah sampai disana jangan pula nak bergambar di ruang makan mereka yang seriously cantik ala mini park. Tak puas okay nak bergambar, ada sahaja sudut yang menarik untuk dirakam bersama kek yang sedap. Hehehe
Kula Cakes
Alamat : A96 Jalan Besar,25000 Kuantan
No Tel : 0179711396
Waktu Operasi :Buka setiap hari (1 petang – 9 malam) kecuali Isnin
Akar Kopi
Gila kopi dan makanan Malaysia? Yes ! Anda patut u-turn ke Akar Kopi. Kafe yang menjual kopi ‘O’ ala Malaysian dengan menu seperti Nasi Lemak, Roti Bakar, Telur 3 Suku dan lain-lain.
Rata-rata pengunjung ke Akar Kopi sekitar waktu pagi dan malam, baru lah ada mood nak hirup kopi kan? Dekorasi Akar Kopi juga ala taman mini tapi yang menarik tempat duduk dan meja makan yang disediakan dari tong besi terpakai. Kreatif!
Akar Kopi
Alamat : 2-8, Exit Jalan Teluk Sisek, 25050 Kuantan, Pahang
No Tel : 013-953 1526
Waktu Operasi :Buka Isnin – Jumaat (4 petang – 3 pagi)
Tjantek Cafe And Art Bistro
Kafe yang mengetengahkan dekorasi penuh dengan barangan antik dan seni lukisan yang Penulis percaya tinggi nilainya. Sekali dipandang seperti restoran mewah ditengah-tengah kotaraya New York pula. Bangunan kafe Tjantek ini merupakan bangunan lama tinggalan sejak zaman perang Dunia Kedua tahun 1942.
Hidangan yang disediakan di Tjantek cukup menyelerakan, makanan ala Western dari salad sehingga pelbagai jenis pilihan steak dan spaghetti. Harganya juga amat berpatutan dengan servis yang diberikan. Jika anda feel nak lepak atau dinner di tempat ala ‘orang kaya’ Penulis pilih Tjantek Cafe!
Tjantek Cafe And Art Bistro
Alamat : 46, Jalan Besar, 25000 Kuantan
No Tel : 09 516 4144
Waktu Operasi :Buka setiap hari (8 malam – 1 pagi)
Mak Jemoh Cafe House
Nama macam ala-ala kedai kampung, uolls silap! Stail kafe ini memang cantik dan sesuai kalau nak buat sebarang parti hari jadi atau sambutan ulangtahun anda bersama pasangan. Dekorasi ala english garden cukup menarik perhatian warga Kuantan untuk berkunjung ke kafe ini. Tak percaya? Jom lihat.
Amacam ‘gila’ cantik bukan? Penulis tengok rasa macam nak pergi sekarang juga, itu belum tengok lagi menu masakan western dan pencuci mulut yang Mak Jemoh ‘masak’. Aduhai kecur air liur ini, siapa yang birthday date dah dekat tu boleh book cepat dekat Mak Jemoh Cafe House.
Mak Jemoh Cafe House
Alamat : 4312, Lorong Kubang Buaya 49, Taman Paramount, 25250 Kuantan, Pahang
No.Tel : +60 17-913 0701
Waktu Operasi : Buka setiap hari (11 pagi – 12 malam) kecuali Selasa
Loteng, Teluk Cempedak
Loteng? Macam loteng atas rumah yang gelap tu jer? Bukan, bukan, bukan. Ini loteng sebuah kafe hipster yang di atas bangunan lain dan menghadap laut China Selatan. Dengar macam awseome jer kan, jom kita lihat suasana kafe Loteng.
Tengok pun dah rasa best, boleh lepak-lepak bersama rakan dan keluarga. Tapi takkan nak lepak ‘kering’ jer kan, apa yang Loteng sediakan untuk pengunjung? Lain dari lain, menu Loteng lebih kepada makanan berat seperti nasi, bersama lauk, aneka spaghetti, kudapan kek, kentang goreng dan yang paling meletup di Loteng pelbagai pilihan air buah-buahan dan kopi serta teh.
Loteng, Teluk Cempedak
Alamat : Teluk Cempedak, 25250 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi : Buka setiap hari (12 tengahari – 12 malam)
Ombok Cherating
Sebelum penulis nak cerita lebih lanjut mengenai kafe Ombok ini. Apakata kita layan dulu menu dari Ombok yang buat perut Penulis dilanda tsunami. Dari menu sandwich hinggalah ke nasi goreng pun memang umph!
Berbeza dengan kafe hipster yang lain, Ombok sedikit jauh terletak di pusat pelancongan pantai Cherating yang 45 minit dari bandar Kuantan. Ombok terkenal dikalangan mat salleh yang datang berkunjung ke Cherating, yang dikalangan mereka ke sana untuk surfing dan menghayati keindahan pantai Cherating. Jika anda ke Cherating, jangan lupa singgah ke Ombok, makan best dan kafe pun nice ‘gila’ decoration seperti di Hawaii feel tu.
Ombok Cherating
Alamat : No 1006-1 Kedai Jalan Kemaman, Kampong Cherating 26080 Kuantan, Pahang
No Tel : 095819275
Waktu Operasi : Buka setiap hari (9 pagi – 5 petang)
Rajawali Art Gallery
Lagi satu tempat best untuk lepak dan makan-makan dengan rakan dan keluarga. Sebuah galeri lukisan outdoor dengan ada beberapa kedai makan pilihan seperti Pizza Seni Bidara yang menjual pelbagai pizza dari saiz S hingga XL. Uniknya pizza dari Seni Bidadara dibakar dengan ketuhar manual bukan oven. Selain itu, untuk menyejukkan tekak anda, IceCreampot menyediakan pelbagai jenis minuman dan dessert dari cereal dan aiskrim.
Sambil anda menikmati hidangan anda boleh melihat lukisan-lukisan dari karyawan seni. Uniknya lagi kawasan Rajawali Art Gallery ini sedikit berbukit dan berada didalam hutan pencil. Pengunjung boleh menghargai alam, seni dan makanan dalam satu masa yang sama. Hehehe.
Rajawali Art Gallery
Alamat : Lorong Bukit Setongkol 13, 25200 Kuantan, Pahang
Waktu Operasi : Buka setiap hari (4 petang – 7 malam)