Kumpulan Mayfair kini telah bersedia untuk membantu setiap wanita mencapai impian kecantikan dan miliki bentuk badan idaman mereka! Mereka memperkenalkan Terapi SlimMaster yang merupakan rawatan pemecah lemak dalam 5 minit dengan mesin ultra-sound yang tidak akan memberi sebarang kesakitan atau kesan sampingan pada kulit. Rawatan ini menggalakkan metabolisme dan proses detofikasi serta menghapuskan lemak degil dan selulit.
Selain itu, Kumpulan Mayfair memperkenalkan Terapi MediJet yang memberikan hasil ternyata dalam membentuk kontur badan dengan menghapuskan selulit dan lemak yang berlebihan dengan rawatan tanpa jarum, tanpa sakit dan tanpa kesan sampingan. Medijet membawa 99% nutrien yang dikehendaki ke lapisan basal dalam masa 2 saat serta menggalakkan metabolisme dan pertumbuhan semula sel. Rawatan Medijet bersamaan dengan melakukan senaman kardio selama 3 jam dan mampu membakar 350 kalori.
Dengan falsafah “Mengukir Bentuk Badan Berjenama” dan “Kejelitaan Sempurna Bermula Di Sini”, Kumpulan Mayfair amat berbangga menganjurkan rancangan realiti Gorgeous Mission Musim Ke-5 pada tahun ini untuk terus merealisasikan impian anggun setiap wanita.
Gorgeous Mission Musim Ke-5 dengan bertema “Floral Paradise” berbeza dengan rancangan realiti lain, menghimpun peserta-peserta yang mempunyai latar belakang yang berlainan untuk mencapai impian kecantikan setiap wanita. Sebagai dorongan kepada peseta-peserta yang berani untuk berubah, Kumpulan Mayfair akan memberikan beg cenderahati dan hadiah-hadiah menarik yang bernilai sebanyak RM 500,000.
Demi menyeru orang ramai akan kepentingan kitar semula, peserta akan menggunakan bahan kitar semula sebagai hiasan pakaian dalam sesi “Save The World” dalam peringkat akhir Gorgeous Mission Musim Ke-5 untuk meriahkan lagi suasana. Gorgeous Mission bukan sahaja bertujuan untuk mencapai kecantikan dengan bentuk badan dan wajah sahaja, ia juga mengenai kepentingan dalam pembentukan personaliti dan meningkatkan harga diri setiap wanita. Kumpulan Mayfair berhasrat untuk menjadikan semua peserta dapat menyerlah dan menonjolkan keunikan diri dalam Gorgeous Mission.
Untuk sebarang pertanyaan, kunjungi mana-mana cawangan Mayfair Bodyline atau hubungi talian khidmat pelanggan Mayfair Bodyline di 1800-88-2283. Layari www.mayfairbodyline.com ataupun layari Facebook di www.facebook.com/mayfair.bodyline.fans dan ikuti WeChat rasmi Mayfair Bodyline – Mayfair Bodyline.