Siapa tidak kenal dengan si comel Aaisyah Dhia Rana atau Ecah panggilan manja dari peminat, satu-satunya anak perempuan jelitawan Malaysia Rozita Che Wan dan suami Zain Saidin. Gelagat Aaisyah sentiasa menjadi perhatian dari pengguna laman sosial Instagram sehinggakan wujudnya laman akaun Aaisyah yang dibuka oleh peminatnya sendiri. Tak perlu nak cerita panjang lebar lagi kenapa Aaisyah punya pengikut sendiri, lihat sahaja kecomelan wajahnya dan yes gaya fesyen yang dibawa. Anak Che Ta kan, of course kena up-to-date mana boleh kalah!
Bagi yang ingin mencari inspirasi gaya fashionista tapi minimal, boleh curi-curi tengok dari Aaisyah.
Bohemian Chic
Blaus bercorak abstrak dipadankan dengan denim biru lembut. Tambah dengan aksesori rambut seperti headband berbentuk reben, serta sepatu berambu coklat ala bohemian. Ringkas. Sesuai digayakan untuk setiap hari atau ke parti.
Sweetheart Look’s
Ada temu janji dengan si dia malam ini? Nah! Padankan blaus tanpa lengan dengan kardigan kait yang memberi efek ala-ala sweet. Jangan biar nampak kosong, harus ada padanan bercorak, jadi pakai skirt atau pants yang bercorak sesuai dengan warna blaus anda. Awas! Bila ingin berfesyen minimal jangan menggunakan lebih dari 3 warna dan pastikan warna-warna itu ‘masuk’.
Kenduri Look’s
Sekitar tahun 2013, fesyen Peplum kembali meletup apabila ramai yang mengayakannya semula. Kini 2016, Peplum menjadi pilihan terkini sebagai menggantikan fesyen tradisional seperti baju kurung atau kebaya apabila menghadiri ke majlis perkahwinan. Tempah sahaja dengan tailor kesayangan anda Peplum bertingkat seperti Aaisyah. Gunakan fabrik organza untuk menghasilkan kembangan bentuk Peplum anda. Baru lah wow!
Baby Blue
Bijak Che Ta bermain warna and it’s safe play dalam berfesyen. Lihat sahaja Aaisyah tampak ceria dan bersahaja dengan t-shirt, jeans dan kasut berwarna biru. Jangan takut untuk memakai pakaian yang sama warna anda cuma perlu pilih nada yang berlainan. Percayalah tak nampak pelik pun. Tengok si Ecah tu, nampak pelik ke? Nampak lagi comel ada lah!
My Girl Look’s
“Hai, nama kita Aaisyah, mama kita orang panggil Che Ta”. Rasa nak pakai baju bergambar haiwan tapi tak berani, adoi malu lah sikit dekat Aaisyah. Tapi jangan pula pakai baju haiwan seperti ular atau naga, nanti lari pula teman lelaki atau rakan anda. Nak selamat pilih haiwan yang bercorak fauna seperti rama-rama atau burung. Dandan rambut anda dengan aksesori getah rambut berbunga, baru lah kena dengan jiwa floral dan fauna. Hehehe.
Fall In Autumn
Bagi yang ingin bergaya ketika melancong ke luar negara, wajib sediakan satu Trench Coat barulah bergaya ala mat salleh. Lupakan dahulu kot berbulu, Trench Coat juga mampu buat anda rasa warm dan yang paling penting beri gaya eksklusif! Sekali pandang seperti Kate Middleton pula si Ecah ni, lagi kan pakai headpiece berbunga macam tu.
Amacam nak tiru tak gaya Aaisyah ? Atau rasa “eleh biasa jer tengok Aaisyah”, Penulis cabar anda upgrade tiru gaya ibunya pula.
Penulis bergurau jer. Heeee…