Pengeluar kertas terkemuka Double A baru-baru ini melancarkan sebuah kempen untuk menarik minat serta perhatian masyarakat umum mengenai isu semasa alam sekitar yang semakin meruncing dan dalam masa yang sama bagi mempromosikan kelestarian alam semula jadi.
Kempen yang digelar 1Dream1Tree adalah sebuah inisiatif yang dibangunkan untuk mengesan punca permasalahan yang berhubung kait dengan kemusnahan alam sekitar dan bagaimana ia boleh menarik minat masyarakat untuk memainkan peranan penting dalam memelihara serta memulihara habitat hutan semula jadi.
Bukan itu sahaja, program ini turut bertujuan menggalakkan warga Malaysia sama-sama belajar untuk mengenal pasti produk yang boleh dikitar semula serta kepentingan untuk menjaga keharmonian bumi.
Sejak Julai lalu, ramai pengguna telah banyak melibatkan diri dalam beberapa siri aktiviti menerusi kolaborasi serta kerjasama mesra termasuklah mengenai revolusi penghasilan kertas jenama Double A yang datang dari sebuah kawasan penanaman pokok-pokok kertas di Thailand iaitu KHAN-NA. Ia adalah satu cara unik yang dimanfaatkan untuk perhutanan agro yang menggunakan hampir keseluruhan tanah kosong yang ada di sekitar sawah padi di Thailand.
Dalam masa yang sama, di samping dapat menggunakan keseluruhan kawasan di KHA-NA ia juga sedikit-sebanyak dpaat meningkatkan mutu hidup dan pendapatan para petani dengan menjual balik hasil pokok kertas tersebut pada pihak Double A.
Bagi menyampaikan inisiatif ini kepada orang ramai, Double A Malaysia menguntai kerjasama bersama Biji-Biji Initiative untuk menganjurkan sebuah bengkel kreatif bersama para pengamal media tempoh hari. Turut hadir, Jurucakap Alam Sekitar untuk kempen 1Dream1Tree, Denise Keller, Deborah Henry serta Hansen Lee di samping Naib Presiden Eksekutif Double A, Thirawith Leetavorn.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.1dream1tree.com