Menurut Connected Life, menerusi satu kajian terkini melibatkan lebih 70,000 pengguna daripada perunding penyelidikan global Kantas TNS, penggunaan platform-platform media sosial Instagram dan Snapchat dilihat naik mendadak di Malaysia berikutan populariti saluran yang mengutamakan visual semakin berkembang.
Di rantau Asia Pasifik, para pengguna mengembangkan penggunaan media sosial mereka melebihi Facebook dengan menguji saluran yang lebih visual dan baru. Rakyat Malaysia paling aktif menggunakan Instagram, dapatan kajian menunjukkan penggunaannya telah meningkat daripada 59% kepada 73% dalam kalangan pengguna sejak setahun lalu. Penduduk Hong Kong dan Singapura bagaimanapun tidak jauh ketinggalan dengan kadar penembusan masing-masing sekitar 70% dan 63%.
Hong Kong merupakan pasaran Snapchat yang paling aktif dengan hampir separuh 46% pengguna internet menggunakan platform tersebut. Namun, Malaysia dilihat pantas mengejar dengan 37% kini menggunakan saluran sama, lebih sekali ganda berbanding tahun 2015, 14%
Ketika golongan muda menjadi pengguna media sosial paling besar melibatkan semua platform, peningkatan jumlah ‘Insta-Gran’ turut menunjukkan momentum; hampir separuh 48% pengguna internet di Malaysia yang berusia 55 – 65 tahun kini menggunakan Instagram. Namn begitu, Snapchat kekal menjadi pilihan pengguna muda dengan hanya 19% mereka yang berusia 55 – 65 tahu menggunakan aplikasi tersebut.
Peningkatan populariti platform-platform ini memberi peluang baru kepada jenama untuk mensasarkan serta berhubung dengan pengguna. Bagaimanapun, jenama-jenama perlu diingatkan mereka seolah mengambil kesempatan atas landskap media sosial yang pelbagai dan membuat pengguna rasa diekori. Hasil kajian Connected Life menunjukkan bahawa 17% pengguna di Malaysia ‘secara aktifnya tidak mempedulikan’ pos-pos sosial atau kandungan daripada jenama.
Bukan itu sahaja, kajian Kantar TNS turut mendapat golongan berpengaruh dan selebriti menjadi kunci untuk berhubung dengan pengguna. Satu daripada tiga (36%) pengguna dalam talian berusia 16 – 24 tahun di Malaysia menyatakan mereka percaya apa yang dibawa oleh internet berbanding dari sumber ‘rasmi’ seperti akhbar, laman web jenama itu sendiri atau iklan di TV. Golongan muda lebih berorientasikan kepada individu berpengaruh, blogger-blogger yang boleh dipercayai dan rakan-rakan berbanding maklumat daripada jenama itu sendiri.
Connected Life merupakan peneraju kajian sikap dan tingkah laku digital di peringkat global yang melibatkan 70,000 pengguna internet di 57 buah negara. Ia menggunakan analisis komprehensif untuk mengetahui bagaimana ketersambungan mengubah tingkah laku orang ramai dan membantu para peniaga menangani pelbagai bentuk cabaran yang mereka hadapi.
Maklumat lanjut sila layari http://connectedlife.tnsglobal.com/ atau http://www.tnsglobal.com/.