Rata-rata peminat K-pop tahu Xiumin salah seorang ahli boyband EXO sedikit ber’beza’ dari rakan EXO yang lain. Berbadan gempal tapi kini sedikit demi sedikit umum nampak beliau kelihatan semakin kurus.
Rupanya Xiumin telah hilang 8 kilogram berat badan sejak debut beliau yang pertama ! Didalam rancangan Star Show 360 yang bersiaran baru ini memperkenal segmen My Little EXO TV, sepanjang segmen tersebut beliau berkongsi rahsia bagaimana beliau menurunkan berat badan.
Beliau memberitahu penonton cara mudah untuk hilang berat badan dengan ideal ialah dengan bersenam dan mengambil sarapan pagi. Anda hanya perlu bangun awal pagi dan berjalan kaki selama sejam atau lebih. Selepas itu, ambil sarapan pagi tapi jangan sampai kekenyangan cukup hanya untuk mengalas perut.
Kebiasaanya selepas sarapan pagi, ramai yang mengadu masih lapar dan susah untuk mengelak dari makan selama 4 jam sebelum masuk waktu tengahari. Tapi bagi Xiumin masa ini untuk mendisiplinkan diri serta beliau juga berpesan supaya penonton tidak mengambil apa-apa makanan empat jam sebelum masuk tidur.
Diakhir segmen tersebut, Xiumin menjelaskan jika anda berdiet hanya sebulan, ia tidak akan menghilangkan berat, yang lebih penting ialah berada didalam keadaan aktif. Kedua yang paling penting ialah ketabahan seseorang untuk mencapai berat badan yang diingini. Usaha, disiplin dan sikap positif akan membawa anda berjaya didalam diet.
Rasa ter’bakar’ tak dengan kemampuan Xiumin yang hilang 8 kilogram? Jom mula sekarang!