• Latest
Foto hiasan.

Resepi Lasagna & Spaghetti Aglio Olio Pedas Mudah Untuk Si Peminat Makanan Itali!

October 12, 2016
Foto - www.delish.com

Minum Teh Kombucha Setiap Hari, Ini Berlaku Pada Badan Kamu

March 8, 2021
Foto - Pinterest

Selain Mengelupas Dan Kelemumur, Rawat 5 Masalah Kulit Kepala Dengan Produk Ini

March 8, 2021
Foto - Chicago Sun-Times

Jangan Buang Uncang Teh Lepas Guna, Ini Yang Boleh Kamu Lakukan

March 8, 2021
Foto - The Straits Times/Bloomberg

Jenis-Jenis Vaksin Yang Malaysia Guna, Beza Setiap Satu Dan Kesannya

March 8, 2021
Foto - Laneige

Tidur Makin Nyenyak, Kulit Pun Bertambah Baik Bila Guna Produk Ini

March 8, 2021
Foto - Kdramapal / @actor_jisoo (Instagram)

Pekerja Label Aktor Ji Soo Sebagai ‘Kurang Ajar’ Dalam Dunia Realiti

March 8, 2021
Foto - Facebook

Dah Boleh Rentas Daerah, 5 Hotel Sekitar Lembah Klang Berbaloi Check-In!

March 7, 2021
Foto - The Knot

4 Tanda Kamu Sebenarnya Gopoh Dalam Soal Perkahwinan

March 7, 2021
Foto - Hello Sehat

Krim Putih Yang Mengandungi Bahan Merkuri Boleh Merosak Saraf Manusia?

March 7, 2021
Foto - AH Beard

5 Cara Untuk Elak Blue Light Rosakkan Kulit Wajah

March 6, 2021
Foto - Ceria Sihat

Dr. Amalina Kongsi 5 Cara Siasat Diri Hidap Penyakit Apendiks

March 6, 2021
Foto - Amazon

Macam Pelik, Tapi Kenapa Ada Orang Alahan Tomato

March 5, 2021
Monday, March 8, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Makanan

Resepi Lasagna & Spaghetti Aglio Olio Pedas Mudah Untuk Si Peminat Makanan Itali!

by Afiqah Syamin
October 12, 2016
Foto hiasan.

Foto hiasan.

41
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Rasanya, ramai di sini yang gemar menikmati hidangan masakan Itali kan? Buat apa anda pergi bertandang ke restoran khas yang menyediakan makanan Itali walhal anda sendiri boleh membuatnya.

Wanista berkongsi resepi mudah bagaimana anda boleh membakar Lasagna serta membuat Spaghetti Aglio Olio sendiri di rumah.

Mana tahu kalau-kalau anda boleh menyediakan hidangan ini sepanjang bercuti di hari minggu bersama keluarga ketika cuti Awal Muharam akan datang! Yay! Mesti seronok keluarga anda nanti 🙂

LASAGNA 

Tahukah anda bahawa tanggal 29 Julai adalah Hari Lasagna Sedunia? 

Foto -pinterest
Foto -pinterest

Bahan:

  • Sos Marinara segera (tidak kisah jenama apa)
  • 2-3 paket daging cincang
  • Cendawan butang (dicincang kasar)
  • Bekas kaserol tahan panas
  • Garam dan lada hitan secukup rasa
  • Emping cili (kisar kasar cili kering)
  • Keju Ricotta
  • Keju Mozzarella (dicincang kasar)
  • Keju Parmesan (siap diparut)
  • 2-3 biji kuning telur
  • Daun parsli segar (dihiris)
  • Serbuk cabai (Cayenne powder)

Cara:

Inti Daging:

  1. Panas periuk di atas api serdehana.
  2. Tuangkan 3 sudu besar minyak zaitun dan goreng daging cincang tadi sehingga semuanya hancur. (tidak perlu garing)
  3. Masukkan cendawan bersama bahan perasa seperti garam, emping cili dan lada hitam. Gaul sebati. Goreng sehingga naik bau.
  4. Tuang sos marinara sehingga campuran daging teggelam.
  5. Tutup periuk. Biarkan ia masak dan direneh selama 2 jam.

Inti Keju:

IKLAN

  1. Dalam mangkuk bersih, pukul kuning telur.
  2. Masukkan ketiga-tiga jenis keju bersama bahan perasa garam, serbuk lada hitam, serbuk cabai dan daun parsli siap dicincang. 
  3. Gaul mesra sehingga semua keju hancur dan memekat sedikit menjadi seperti pes.
  4. Pastikan anda menggunakan keju asli supaya rasanya lebih berkrim dan enak!

Pasta Lasagna

111

  1. Jerang air untuk merebus kepingan pasta lasagna sehingga lembut.
  2. Anda juga boleh mendapatkan kepingan pasta lasagna segera seperti di dalam gambar di atas.
  3. Pastikan ia tidak terlalu lembik kerana dikhuatiri pecah apabila disusun dalam kaserol nanti.

Cara Menyusun:-

  1. Sediakan bekas kaserol anda.
  2. Tutup bahagian dasar kaserol dengan kepingan pasta lasagna yang telah siap direbus.
  3. Tuang campuran keju di atas pasta.
  4. Seterusnya, lapisakan pula dengan sos daging dengan rapi. ratakan menggunakan bahagian belakang senduk.
  5. Sekali lagi, lapiskan lapisan sos daging dengan pasta diikuti campuran keju serta sos daging sehingga pasta lasagna habis disusun sebelum bahagian paling atas diakhiri dengan sos daging.
  6. Serlahlah rupa lasagna anda dengan taburan keju mozzarella dan parmesan yang akan membuatkan lasagna anda lebih mewah dan sedap! Jangan lupa taburkan sedikit hirisan daun parsli sebagai penyeri dan aroma.
  7. Tutupkan bekas kaserol dengan kertas aluminium sebelum dibakar pada suhu lebih kurang 200 ºC selama 30 minit.
  8. Setelah 30 minit berlalu, alihkan kertas aluminium dari kaserol dan bakar lagi selama 30 – 35 minit.
  9. Jika ia telah bertukar warna lebih gelap keemasan dan menggelegak sedikit.
  10. Siap untuk dinimati panas-panas. Yum!

SPAGHETTI AGLIO E OLIO

Aglio E Olio adalah bahasa Perancis yang bermaksud spaghetti bersama bawang putih dan minyak.

Foto -rasamalaysia.com
Foto -rasamalaysia.com

Bahan:

  • 1 paket pasta spaghetti (saiz normal)
  • 10 butir bawang putih (dicincang)
  • Emping cili (kisar cili kering)
  • 10 butir udang segar (belah tanpa putus untuk buang kekotor hitam)
  • Minyak zaitun
  • Garam sebagai perasa
  • Baby tomato segar (dibelah dua setiap satu)
  • Daun parsli dihiris
  • Keju parmesan parut

Cara:

Foto -sumptuousblog.wordpress.com
Foto -sumptuousblog.wordpress.com
  1. Rebus spaghetti sehingga teksturnya anjal.
  2. Panaskan minyak zaitun secukupnya di dalam kuali. Agak-agak supaya tidak terlalu banyak dikhuatiri hidangan anda terlalu berminyak nanti.
  3. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
  4. Masukkan udang yang telah siap dibersihkan dengan sedikit garam sebagai perasa. Masak sehingga udang sedikit garing.
  5. Akhir sekali masukkan spaghetti sedikit demi sedikit diselangi tomato kecil yang telah dibelah dua.
  6. Masak sehingga semuanya sebati. Jika tawar, boleh tambah garam.
  7. Angkat dan alihkan dari api.
  8. Jangan lupa taburkan emping cili, keju parmesan parut dengan hirisan daun parsli di atas hidangan perseorangan sebelum menjamu tetamu anda! Oh, boleh perah sedikit jus lemon sebagai penambah perisa.

Tips!

Jika anda rasa lubang tengah yang ada pada senduk adalah untuk menapis hidangan berkuah, anda salah!

  • Lubang yang ada pada sesetengah jenis senduk seperti di dalam gambar di bawah sebenarnya adalah berfungsi untuk menyukatdan menganggar saiz hidangan spaghetti. Cool! Jadi lepas ini, tiada masalah lagi untuk anda mengagak berapa banyak spaghetti kah yang harus direbus.
Foto -popsugar.com
Kebiasaannya, satu lubang bersamaan satu hidangan perseorangan/satu pinggan. Foto -popsugar.com
  • Ingat,tidak perlu patahkan pasta untuk direbus. Biarkan ia berdiri di keliling periuk kerana ia akan layu dan lembut dengan sendirinya apabila direbus di dalam air mendidih. Barulah hidangan pasta anda nampak rapi dan cantik.
Jangan sesekali mematahkan pasta anda ketika direbus. Foto -quora.com
Jangan sesekali mematahkan pasta anda ketika direbus. Foto -quora.com
  • Tambahkan dua hingga tiga camca teh minyak zaitun ke dalam air rebusan pasta supaya pasta itu kemudiannya tidak melekat sesama sendiri ketika ditoskan nanti.

Bon Appétit everybody!

Tags: kejuLasagnamakananMakanan Orang PerancisMasakan PerancisMozzarellaParmesanpastaresepiResepi Hidangan ItaliResepi LasagnaResepi Spaghetti Aglio OlioRicottaSpaghetti Aglio Olio Pedas
Share2Tweet1Send

TRENDINGMINGGU INI

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

Resepi Lasagna & Spaghetti Aglio Olio Pedas Mudah Untuk Si Peminat Makanan Itali!

Netizen Kongsi Air Starbucks Sedap, Berbaloi Beli Walaupun Mahal

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Jawab Soalan Temuduga Dengan 15 Jawapan Ini Supaya Majikan Terpikat

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.