Musim luruh ini, Pharell Williams dan adidas perkenal koleksi kasut yang dipanggil Hu, sebuah koleksi mengajak pemakai meneroka humaniti dan meraikan perbezaan setiap budaya di seluruh dunia. Hu membawa visi Pharell yang ingin menghubungkan setiap manusia melalui cinta, semangat, kekuatan dan warna.
Hu perkataan pendek dari human yang membawa maksud kepada human being, human race dan humankind. Hu juga merujuk kepada warna sebagai mengingatkan setiap manusia di dunia mempunyai pelbagai warna kulit tetapi masih berhubung walaupun berbeza.
Jika sebelum ini Pharell dan adidas mengeluarkan kasut edisi terhad NMD pada Julai lalu, kini eksklusif September ini kasut dengan pelbagai warna menarik akan menemui peminat adidas. Desin khas yang merujuk kepada ekualiti, penerimaan, keamanan dan menghormati didatangi dengan pelbagai warna jalur dan bendera dan menterjemahkan ‘Human Race’ didalam bahasa Inggeris, Perancis dan Jepun. Pharell juga menambah mesej ringkas: ‘I play for the human race.’
Terdapat lima warna untuk koleksi Hu ini iaitu merah (scarlet), hitam, biru (blue sharp), hijau dan oren (tangerine). Kasut ini memperkenal teknologi adidas Primeknit™ tapak berwarna putih yang menstabilkan dan menyokong kaki pemakai. Dengan rekaan dan lekuk bentuk yang unik pasti menarik minat peminat kasut moden terkini. Setiap warna dicetak dengan slogan “Hu Race,” “Human Species,” atau “Hue Man.”
adidas Originals = PHARRELL WILLIAMS Hu dipasarkan secara global pada 29 September 2016 dan akan berada di Kuala Lumpur melalui cabutan langsung dengan harga sepasang kasut Hu RM850.
Untuk maklumat lanjut mengenai cabutan Koleksi Hu, anda boleh layari Facebook Adidas.