GoBear Malaysia kini bergabung dengan foodpanda Malaysia untuk menganjurkan sebuah aktiviti menarik iaitu Food World Tour pertama di negara ini!
Kempen yang dilakukan oleh foodpanda adalah bertujuan untuk mempamerkan pelbagai jenis hidangan menarik secara menyeluruh sambil meraikan kejayaan restoran-restoran terkemuka serata Malaysia. Satu peraduan turut akan dianjurkan telah bermula 28 September lepas hingga penghujung bulan November 2016.
Pengarah Urusan foodpanda Malaysia, Mr. Yannick menerangkan, “Kami percaya dengan menghimpunkan pelbagai jenis hidangan global di abwah satu bumbung pastinya dapat menawarkan rakyat Malaysia dengan lebih banyak pilihan. Kempen ini bukan sahaja memberi peluang kepada pelanggan untuk merasa sampel makanan dari seluruh dunia sekaligus berasa bangga kerana dapat mmeberikan pengalaman yang tidak ternilai kepada mereka.
Untuk menyertai peraduan istimewa World Food Tour berkenaan, pengguna perlu melayari laman web foodpanda bagi membuka kekunci peta bagi ‘menjelajah’ ke semua enam buah negara termasuklah Itali, Timur Tengah, Jepun, Timur Jauh serta Tex-Mex (Amerika).
Demi menyemarakkan lagi usahasama ini, GoBear Malaysia turut akan memberi sepasang tiket pergi balik bernilai RM3,000 sebagai hadiah utama. Sesungguhnya foodpanda dan GoBear membawa matlamat yang sama kepada semua iaitu mahu menyediakan satu platform carian metadata yang dapat memberi perbezaan jelas serta maklumat yang terang terhadap satu-satu isu seperti makanan mahupun kewangan insuran.
Untuk keterangan lanjut, sila layari gobear.com.my atau magazine.foodpanda.my. Lawat worldfoodtour.my untuk peluang memenangi hadiah mingguan serta pakej percutian ke Jepun!