Ketupat sotong ?! Pasti ada yang baru dengar mengenai hidangan ini, pelik benar yer sotong boleh jadi ketupat. Hahaha. Okay, hidangan ini memang famous di sebelah pantai timur Malaysia. Of course lah dari negeri Terengganu yang kaya dengan hasil laut. Kebiasaannya ketupat sotong selalu dijadikan sebagai menu minum petang atau untuk special dish bagi menyambut bulan puasa atau hari raya.
Bagi yang first time nak cuba masak ketupat sotong ni. Jom ikut resepi dari team Wanista.
Bahan-bahan
- 7-8 ekor sotong bersaiz besar – dibuang tulang, pundi dakwat dan dibersihkan. Toskan.
- Secawan beras pulut, dibersihkan dan direndam selama 60 minit.
- Satu camca teh biji halba.
- 4 ulas bawang merah – dihiris halus.
- Sedikit halia.
- Garam, gula dan serbuk perasa.
Cara-cara memasak
-
Cuci beras pulut hingga bersih dan toskan .
-
Sumbatkan atau masukkan beras pulut ke dalam sotong ( anggaran 2/3 daripada ruang dalam badan sotong) tak boleh disumbat penuh kerana beras pulut akan mengembang.
-
Gunakan lidi untuk dicucuk pada bahagian atas sotong bagi mengelakkan beras pulut terkeluar.
-
Panaskan empat atau lima cawan air dalm periuk kosong. Masukkan halba, bawang dan halia ke dalam periuk tersebut.
-
Apabila mendidih,masukkan sotong ke dalam air rebusan secara tersusun.
-
Didihkan sehingga 20 minit atau sehingga pulut di dalamnya masak.
-
Masukkan santan ke dalam periuk berisi sotong tadi. Masak sehingga santan hampir kering barulah masukkan gula dan garam sekucup rasa.
-
Matikan api dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.