Jam tangan Hermes; Cape Cod menyambut ulang tahun kelahiran ke 25 tahun. Jam tangan rekaan mewah tersebut telah memperkenal desin terbaru pada 2016 ini dan juga mengekalkan desin berbentuk segi empat tepat yang diinspirasikan dari Chaîne d’ancre oleh Henri d’Oringy. Tali double strap idea dari Martin Margiela dari tahun 1998 atau lebih dikenali sebagai “Double Tour” menjadi fenemona dan ikon kepada jam tangan Cape Cod.
Beberapa model terbaru Cape Cod 2016 dipasang teknik berlian terbaru dan mother-of-pearl dial. Digayakan dengan tali yang boleh diubah menjadi single dan double wrap, sepenuhnya dibuat dengan buatan tangan dalam warna menarik seperti electric blue, iris, capucine, Veronese green, ultraviolet, tomato red dan warna putih suci dengan dibuat dual-color membezakan warna merah untuk versi dari kulit anak lembu dan putih dari kulit kambing. Selain itu, batu onyx diukur oleh Art Deco dan Bauhaus serta ditambah batu Lapis Laluzi sebagai pelengkap Cape Cod.
Walaupun sudah 25 tahun berada dipasaran, Cape Cod tidak pernah lapuk ditelan zaman malah sentiasa menjadi pilihan sepanjang generasi. Kekal remaja, mewah, elegan dengan menggunakan sumber unik batuan alam semulajadi.
Anda boleh layari laman rasmi Hermes untuk maklumat lanjut.