Sunday, April 18, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Hiburan

(Review Filem) The Girl On Train : Ketagih Untuk Menunggu Penamat Filem

by Izzah Azizah
October 6, 2016
Rachel, watak dimainkan oleh Emily Blunt. Foto - chicago.suntimes.com

Rachel, watak dimainkan oleh Emily Blunt. Foto - chicago.suntimes.com

25
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

“What you see can hurt you”

Siapa sangka suatu kebetulan bertukar menjadi situasi getir yang mengubah kehidupan seseorang.

Poster The Girl On The Train. Foto - www.comingsoon.net
Poster The Girl On The Train. Foto – www.comingsoon.net

Penulis berpeluang menonton tayangan perdana ‘The Girl On The Train’ semalam. Dalam fikiran Penulis “alah cerita macam ni twist plot jer”, tipikal orang Malaysia, hahaha. Padahal tak tahu filem ini diadaptasi dari sebuah novel yang berjaya dijual sebanyak 2 juta salinan dalam hanya masa 3 bulan sahaja. Bagi penulis filem digarap dengan ringkas dan meninggalkan pesanan ‘khas’  buat semua wanita.

Foto Arkib - Rangkingfilms

Filem Review – Misteri Kuntilanak 2 Di Hutan Terlarang Kembali Menghantui!

July 22, 2019

Tentang Polis Yang Kemaruk Jual Ayam Goreng, “Extreme Job” Kelakar!

March 26, 2019

Mengisahkan kehidupan 3 wanita yang masing-masing memiliki kehidupan yang berbeza Rachel, Anna dan Megan. Namun, mereka berhubung kait dengan suatu pembunuhan yang misteri. Misteri kehilangan Megan menjadi tanda tanya dan Rachel pula tiba-tiba muncul untuk terjebak sama menyelongkar kehilangan Megan. Lebih menarik, Megan merupakan pengasuh dan juga jiran kepada Anna iaitu isteri baharu bekas suami Rachel. 

IKLAN

Anna lakonan Rebecca Ferguson. Foto - google.com
Anna lakonan Rebecca Ferguson. Foto – google.com

Setiap rahsia disebalik mereka diselongkar perlahan-lahan, rahsia Rachel yang menaiki keretapi yang sama setiap hari, rahsia Anna yang menyimpan rasa sangsi terhadap suaminya dan rahsia si malang Megan yang mempunyai kisah silam tragis. 

Haley Bennet sebagai Megan. Foto - google.com
Haley Bennet sebagai Megan. Foto – google.com

Plot cerita yang berkembang mengikut sebelum waktu pembunuhan, membuat Penulis tertanya-tanya siapakah disebalik dalang pembunuhan tersebut. Dan apa motif sebenar pembunuh tersebut ? Lakonan Emily Blunt sebagai Rachel, wanita yang mengalami masalah ketagihan alkohol menjadi perhatian Penulis. Beliau berjaya menjiwai watak sadis kasihan melalui dari bacaan mata yang beliau paparkan. 

Bagi anda yang dah lama mencari filem thriller tanpa aksi ngeri a.k.a pembunuhan dashyat, boleh tonton filem ini. Pengarah bijak memainkan elemen suspen melalui bentuk videografi dan suasana set yang suram.

Filem ‘The Girl On The Train’ berada dipawagam bermula hari ini (6 Oktober 2016). Sebelum nak ke pawagam, jom tonton dulu trailer supaya dapat aura kejutan.

Tags: (Review Filem) The Girl On Train : Ketagih Untuk Menunggu Penamat FilemEmily BluntFilem Thrillerreview filemThe Girl On Train
Share1SendShare

ARTIKELTERKINI

Suka Pakai Pink Maksudnya… Wanista Selongkar Rahsia Warna Baju Pilihan Lelaki

9 Tips Penjagaan Kebersihan Wanita Yang Perlu Diberi Perhatian

6 Transformasi Jaya Bachchan Dari Artis Muda Sehingga Menjadi Ahli Politik

Pakar Nutrisi Kata ‘Makanan Sihat’ Ini Sebenarnya Tidak Sihat?

Nak Bersama Dalam Bulan Puasa, Ini Waktu Sesuai Kena Tahu

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.