Diformulasikan dengan ramuan GRED MAKANAN, 5 jenis MINYAK PATI, 3 jenis EKSTRAK MADU dan EKSTRAK TUMBUHAN – yakinilah Lip Pure mempunyai bahan-bahan semula jadi yang selamat dan terbaik untuk menyihatkan bibir anda agar ia lebih licin, lebih lembut dan membawa kesan kelembapan berpanjangan.
Produk terbaharu Mentholatum, pelembap bibir Lip Pure Essential Oil ini mempunyai hanya ramuan gred makanan semula jadi yang tulen dalam rumusannya yang menjadikan ia sangat baik bagi mereka yang mempunyai bibir sensitif kerana ia juga bebas daripada bahan wangian.
Dengan campuran 5 jenis minyak pati semula jadi iaitu minyak Argan, minyak Marula, minyak Badam Manis, Shea Butter dan Minyak Avokado, ramuan minyak ini pastinya memberi manfaat kelembapan serta menjadikan bibir anda cantik, lembut, licin dan halus.
Dipertingkatkan dengan formulasi Madu Lebah New Zealand semula jadi yang tidak tercemar, Lip Pure menyampaikan ciri-ciri yang sukar ditandingi khususnya daripada Beeswax, Royal Jelly dan Madu Manuka kepada kulit. Madu terkenal sebagai pelembap semula jadi yang dapat memastikan kelembapan dikekalkan dalam lapisan kulit untuk penghidratan berkekalan.
Selain daripada itu, ekstrak tumbuh-tumbuhan semula jadi seperti Minyak Meadow-foam Seed, minyak Jojoba, dan ekstrak daun Rosemary telah ditambah ke dalam formulasi untuk melindungi kulit daripada penuaan, melicinkan bibir kering sambil berfungsi sebagai pelembut dan pelembap bibir. Vitamin E adalah satu lagi elemen anti-oksida yang penting dalam rumusan ini yang mampu memerangi radikal bebas punca kerosakan kulit.
Anda hanya perlukan seoles balsam bibir ini untuk menyegarkan kembali bibir daripada pencemaran cuaca. Balsam Lip Pure ini sudah boleh didapati di farmasi-farmasi dan pasar raya utama pada harga RM17.90 (4g).