Pasti ramai dikalangan kita pernah membesar bersama pembantu rumah. Mereka kadangkala kita boleh menganggap sebagai orang kedua selepas ibu bapa. Segala keperluan makan dan pakai disediakan dari mereka, malah mereka lebih rapat dan tahu segala kisah hidup kita berbanding orang lain. Kasih sayang yang diberikan juga seperti mereka menyayangi anak mereka sendiri.
Namun tidak semua menerima mereka sebagai keluarga, terjadi apabila sekeping gambar seorang pembantu rumah menjadi viral apabila seorang pengguna internet Michael Fanny memuat naik di laman Facebooknya. Gambar pembantu rumah yang duduk berasingan ketika majikannya bersama keluarga sedang menjamu selera di sebuah restoran.
Posting tersebut mendapat perhatian netizen dengan 57,000 perkongsian dan ramai yang melahirkan rasa simpati.
Michael Fanny turut menulis kapsyen bersama gambar.
“Pembantu rumah juga sebahagian dari hidup kita. Lihatlah sikap kemanusiaan dari dalam diri. Bayangkan anda ditempat mereka, tiada telefon untuk bermain dengan makan tidak berjemput. Hanya mata boleh melihat.”
“Sayangi dan hargailah pembantu kita, pemandu, para mekanik dan tukang paip”
“Hidup ini bukan untuk untung dan rugi, bukan hanya tentang kita sahaja. Tapi dengan sedikit pemberian, kita akan disayangi oleh tuhan yang kita percaya”
“Kehidupan bermula dengan pemberian”
Kebanyakan netizen bersetuju dengan kapsyen tersebut, tetapi ada juga yang sesetengah dari mereka menghentam tindakan majikan pembantu rumah dengan meninggalkan komen negatif. Bagi Michael Fanny, cukuplah kita ambil perkara yang positif dan negatif sebagai pengajaran. Bersikap murah hati sesama manusia, sayangi tuhan anda dan semua orang tidak kira siapa mereka.
Tidak kisahlah siapa mereka, dari mana mereka datang, mereka juga seorang manusia yang bekerja untuk mencari rezeki. Layani lah mereka dengan cara terbaik seperti mana mereka menjaga keluarga kita. Tidak rugi berbuat baik sesama manusia kerana yang baik itu datangnya dari kuasa positif.