Lebih 100 selebriti tempatan, para pengamal media dan individu berpengaruh media sosial berkumpul untuk menyaksikan upacara pelancaran gedung jenama Old Navy yang pertama di Malaysia bertempat di Old Wing, pusat membeli-belah One Utama.
Kebanyakkan helaian fesyen Old Navy yang berasal dari Amerika Syarikat itu mampu memenuhi keperluan kasual untuk semua lapisan masyarakat terdiri untuk kanak-kanak sehinggalah kepada golongan dewasa lelaki dan wanita.
Gedung Old Navy yang pertama di Malaysia itu adalah berkeluasan 800 meter persegi, memuatkan pelbagai jenis kelengkapan fesyen termasuklah aksesori seperti kasut, beg, selendang, topi dan banyak lagi!
Saiz pakaian yang ditawarkan juga adalah selari dengan saiz badan orang Asia terdiri dari saiz XS hingga XL. Lengkapkan almari rumah anda dengan jaket askar, seluar denim, dress, baju T, kemeja lelaki dan wanita, kardigan, baju panas, dress bercetak dan jumpsuit jenama Old Navy kerana jenama ternama ini adalah perantis pakaian dan fesyen kasual yang bermutu dan selesa. Bahkan, harganya juga adalah berbaloi.
“Ini adalah merupakan gedung kedua yang dilancarakan di sekitar Asia tenggara selepas Jakarta pada April lalu. Kami amat berbangga untuk menawarkan seleksi produk kami kepada masyarakat Malaysia dan kami percaya bahawa jenama kami berupaya untuk menarik minat pengguna tempatan dengan memfokuskan beberapa aspek seperti fesyen, kekeluargaan dan nilai yang dapat merangsang sekaligus memajukan pasaran di sini”, jelas Blair Dunn, Naib Presiden Antarabangsa jenama Old Navy.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.facebook.com/oldnavymy