Membersih wajah satu rutin yang perlu dititikberatkan sejak awal remaja lagi. Perubahan hormon boleh menyebabkan beberapa masalah kulit wajah. Ramai remaja mengalami kulit berminyak dan pori-pori tersumbat dengan kotoran dan ia memberi masalah kulit berjerawat dan kulit kusam. Selain itu, cara penjagaan yang salah juga punca masalah yang sama. Ada sesetengah mereka menggunakan sabun untuk mencuci muka. Sabun mempunyai tekstur yang kasar tidak sesuai dengan kulit muka yang lebih lembut berbanding dengan bahagian badan yang lain. Oleh itu, amat penting untuk kita semua tahu jenis produk yang elok dan sesuai untuk penjagaan kulit wajah.
EVERSOFT, jenama kecantikan yang muncul sejak 30 tahun lalu sentiasa memahami masalah yang dihadapi remaja Asia. Pada tahun ini, EVERSOFT mengambil inisiatif dengan mengadakan kempen untuk anak-anak remaja yang berusia 13 dan 14 tahun, mengajar mereka tentang bagaimana untuk mendapatkan kulit yang sihat bermula dari usia muda. Pendekatan mengenai langkah asas dan demostrasi langsung cara membersih muka serta tips Dos & Don’ts.
Kempen yang bertempat di Sekolah Menengah Kebangsaan USJ12 berlangsung selama 3 bulan dengan penyertaan seramai 1687 pelajar. Para pelajar didedahkan mengenai rangkaian produk EVERSOFT dan cara penggunaanya. Produk pembersih muka EVERSOFT diformulasikan dari Jepun dengan menggunakan 100% sumber bahan aktif semulajadi dari tumbuhan dan ia sesuai untuk semua jenis kulit. Ia membersih muka hingga kedalam kulit dan mengekalkan kelembapan kulit dari setiap basuhan.
Rangkaian produk EVERSOFT mempunyai 5 jenis variasi untuk dipilih. Bahan yang digunakan terdiri dari ekstra tumbuhan organik seperti avocado, ginkgo, yuzu, aprikot, bunga kamelia, mulberry, rice bran oil dan Hyaluronic Acid untuk semua jenis kulit. Jika anda ingin mencuba produk EVERSOFT sendiri, boleh dapatkan disemua pasaraya atau farmasi berhampiran. Harga bermula dari RM 11.75 (120g) dan RM 17.80 (195g).
Antara rangkaian produk EVERSOFT :
EVERSOFT Tube Cleanser
- Organic Avocado & Rice Bran Oil – Extra Nourishing
- Organic Ginkgo & Yuzu – Oil & Acne Control
- Organic Camelia Flower & Mulberry – Extra Whitening & Radiant Skin
- Organic Coix Seed & Hyaluronic Acid – Extra Hydrating & Supple Skin
EVERSOFT Cleansing Serum
- Organic Mulberry & Hyaluronic Acid – Whitening & Hydrating
EVERSOFT Facial Scrub
- Organic Apricot & Mulberry – Blackhead Clearing