REVIV Wellness, peneraju global dalam terapi infusi IV (intravena), telah tiba di Kuala Lumpur bagi rehydrate dan mengembalikan kesihatan warga Kuala Lumpur ke tahap optimum.
Sains di sebalik terapi IV REVIV berdasarkan fakta bahawa pemberian cecairan dan nutrisi melalui IV (intravena) adalah cara yang paling efektif untuk rehydrate dan mengembalikan kecergasan badan kerana ia akan terus masuk ke dalam aliran darah. Jika dibandingkan dengan kaedah oral (minum air, suplemen vitamin, tablet) yang hanya boleh menghadam dan menyerap sehingga 55% daripada kesan Vitamin dan ajen-ajen kesihatan.
Melalui kaedah terapi IV, tubuh badan boleh menyerap sebanyak 100% daripada kesan REVIV yang mengandungi vitamin, nutrisi dan cecair. Hasilnya, tenaga dan kecergasan seseorang individu boleh ditingkatkan ke tahap yang optimum.
Terapi infusi REVIV telah dicipta khususnya bagi:
- Melegakan keletihan & meringankan kesakitan biasa (jet lag)
- Mempertingkatkan sistem imunisasi/ketahanan badan
- Memperbaiki penampilan kulit, rambut dan kuku
- Rehydration
Bukan itu sahaja, Terapi IV REVIV disukai oleh ramai selebriti global, di mana nama-nama terkemuka seperti Rihanna, Madonna, Chrissy Teigen dan Miley Cyrus merupakan pengguna tetap dan terbukti keberkesanan rawatan terapi IV REVIV.
REVIV IV boleh didapati secara eksklusif di Pusat Perubatan Dr.Alice yang memberi jaminan privasi dan keselesaan kepada semua klien.
“Kami sedar bahawa kebanyakan warga KL mempunyai gaya hidup yang sibuk (waktu bekerja panjang, tekanan) dan ini telah menjadi isu kesihatan yang tidak ditangani, di mana kami percaya ianya boleh diselesaikan dengan terapi IV REVIV yang boleh rehydrate, merawat kekurangan vitamin dan mengembalikan kecergasan tubuh,” jelas Dr.Alice Prethima, Pengasas dan Pengarah Pakar Perubatan di Pusat Perubatan Dr Alice.
REVIV menawarkan lima formula yang berbeza yang sesuai untuk semua :
HYDROMAX
- Rakan Karib Atlet
- Memberikan pure rehydration selepas senaman fizikal yang minuman isotonik tidak boleh tandingi.
ULTRAVIV
- Infusi pemulihan penuh dengan vitami B12, ubat-ubatan anti-loya, pelega kesakitan dan booster tenaga.
- Sesuai untuk menangani pelbagai kesakitan biasa dari sakit otot ke jet lag.
- Juga dikenali sebagai Penyembuh Hangover.
MEGABOOST
- Gabungan vitamin cleanse menyeluruh yang mengandungi vitamin-vitamin detox dan anti penuaan glutathione.
VITAGLOW
- Jawapan kepada anti penuaan.
- Penuh dengan antioksidan dos tinggi, VITAGLOW lawan radikal bebas yang menyerang keanjalan kulit anda, ini adalah cara pasti untuk memulihkan kulit dan rupa ke tahap kesihatan optimum. Ia juga mempunyai kesan hydration yang akan menjadikan kulit bersinar.
ROYAL FLUSH
- Ini adalah IV Terapi terunggul REVIV, ia menggabungkan kesan pemulihan ULTRAVIV dan juga sifat pembersihan dan anti penuaan MEGABOOST.
- Paling sesuai untuk mereka yang berasa sentiasa letih secara mental dan fizikal.
Pusat Perubatan Dr Alice menawarkan semua rawatan IV infusi REVIV iaitu Hydromax, Ultraviv, Megaboost, Vitaglow dan Royal Flush dan kesemua rawatan ini hanya mengambil masa 30 minit sahaja.
Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web rasmi revivme.com atau hubungi Pusat Perubatan Dr Alice/Facebook Dr. Alice Total Wellness Center.