Ibu mengandung terutamanya tidak lepas dari perubahan hormon tubuh yang kadang-kala bukan sahaja memberi efek kepada keadaan fizikal malah membuatkan diri jadi tidak keruan.
Setelah lahirnya bayi tersebut, ramai ibu menjadi takut jikalau susu badan yang dihasilkan adalah tidak memadai dengan keperluan bayi mereka. Namun, jangan terlalu cemerkap dalam membuat andaian. Ini kerana, jika berat kelahiran anda itu semakin meningkat dari masa ke masa, tiada apa yang perlu anda risaukan. Ya, bayi anda itu cukup makan.
Meskipun berat badan bayi anda tidak dapat dijangka secara berkala, cuba lihat dari kekerapan bayi itu membuang air. Andainya bayi anda kerap benar menukar lampin, nah, bermakna anda tidak mempunyai masalah dalam menghasilkan susu badan yang cukup untuknya.
Walau apa pun, di sini terdapat 10 jenis makanan yang boleh anda ambil dan amalkan bagi menggalak penghasilan susu badan.
#1 Cecair Bendalir (Air Putih)
Air bukanlah makanan tetapi adalah penting untuk tubuh anda sentiasa hidrat.
Bukanlah menyuruh anda untuk meminum bergelen-gelen air dalam masa satu hari tetapi minumlah sekurang-kurangnya 8 gelas air putih yang telah dimasak setiap hari. Sesungguhnya ini adalah aspek paling penting untuk diambil kira dalam meningkatkan produksi susu badan anda.
Ibu yang menyusukan bayi sering berasa haus. Sebaiknya, bawa botol air ke mana pun yang anda pergi. Daripada duduk sahaja menunggu buah hati anda menyusu, minum air putih untuk mengisi kembali cecair yang keluar dari tubuh anda itu.
#2 Bijirin Oatmeal
Selain bisa menurunkan kolestrol dan tekanan darah, oatmeal atau oat sebenarnya dapat menggalak dan mengekalkan konsistensi penghasilan susu badan. Cuba pelbagaikan hidangan oatmeal anda supaya ia lebih lazat dan tidak membosankan okay?
#3 Biskut Cip Coklat Istimewa
Ha, yang ini bukanlah biskut cip coklat biasa, ini adalah biskut yang dapat meningkatkan penghasilan susu badan ibu yang baru melahirkan! Nah, cuba resepi ini.
Ramuan:
- 1 cawan butter
- 1 cawan gula
- 1 cawan gula perang halus
- 4 sudu besar air
- 2 sudu besar biji rami
- 2 biji telur
- 1 camca teh ekstrak vanila
- 2 cawan tepung
- 1 camca teh serbuk penaik
- 1 camca teh garam
- 3 cawan oats
- 1 cawan cip coklat
- 4 sudu besar yis
Cara:
- Panaskan oven 350°C.
- Campurkan biji rami bersama air dan biarkan ia terendam selama 3-5 minit.
- Gaul butter, gula putih dan gula perang.
- Tambahkan telur, gaul sebati.
- Masukkan pula biji rami yang telah siap direndam bersama ekstrak vanila. Gaul lagi sehingga semuanya mesra.
- Ayak tepung bersama yis, serbuk penaik dan garam.
- Masukkan campuran kering ke dalam adunan basah.
- Masukkan oats bersama cip coklat. Gaul mesra.
- Skop atau sudukan adunan ke atas dulang pembakar beralas. Pastikan ia mempunyai jarak lebar antara satu sama lain supaya ia mempunyai ruang untuk mengembang.
- Bakar selama 12 minit.
- Alihkan biskut dari dulang dan letakkan ia di atas redai kek untuk disejukkan sebelum menikmatinya!
#4 Bawang Putih
Tidak ramai yang sukakan rasa bawang putih, namun seperti yang kita semua tahu, tidak banyak makanan berkhasiat yang sedap betul? Tetapi, jika anda mahu sihat dan memperbanyak penghasilan susu badan untuk si bayi, rajin-rajinlah tambah bawang putih ke dalam masakkan anda.
Jika anda tidak mampu menelan sup atau masakan yang ditumis dengan bawang putih, anda boleh juga membeli pil bawang putih -ada dijual di farmasi-farmasi terkemuka.
#5 Lobak Merah
Lobak merah kaya dengan kandungan beta-karotin iaitu sejenis khasiat yang amat diperlukan untuk menghasilkan susu badan. Selain itu, ia juga merupakan sumber karbohidrat terbaik yang dapat meningkatkan kadar potassium seseorang.
Apa yang menarik, dengan memakan karot atau lobak merah mentah-mentah juga boleh mengurangkan berat badan ibu mengandung tau. Apa tunggu lagi? Amalkan memakan karot sebagai ulam okay? Boleh hiris karot seperti jejari agar mudah dinikmati.
#6 Tumbuhan Adas (Fennel)
Tidak kiralah anda tumis ia mahupun hiris untuk dimakan begitu sahaja sebagai salad, tumbuhan adas ini adalah sejenis herba yang kaya dengan kandungan galactogogue (sejenis dadah perubatan yang diguna untuk menggalak penghasilan susu badan). Selain itu, fennel memiliki aspek kesihatan yang dipenuhi fitoestrogen. Jika perut anda sering meragam atau menghidap masalah penghadaman yang tidak lancar. Fennel ini juga dapat melegakan penyakit anda itu.
#7 Kekacang
Makan kacang seperti snack. dari anda memakan makanan yang kurang berkhasiat seperti makanan ringan atau manisan, ada baiknya anda memenuhi nafsu anda yang gemar mengunyah itu dengan memakan kekacang. Gajus, almond, dan macadamia, semua ini adalah antara kekacang yang popular untuk meningkatkan penghasilan susu badan. Kekacang juga dipenuhi dengan khasiat lemak baik serta antioxidan yang dapat memelihara kecantikan kulit.
Sebelum membeli kekacang, periksa label dan kandungan kekacang supaya ianya adalah asli tanpa sebarang pengawet, perisa tambahan seperti garam mahupun minyak okay?
#8 Betik Hijau
Betik muda sememangnya terbukti untuk meningkatkan penghasilan susu badan. Kebanyakkan orang Asia suka mengamalkan petua yang ini.
Anda boleh cuba hidangan Thai seperti Som Tam kerana ia disediakan menggunakan betik muda. Cara lain, hiris tebal betik muda dan gorengnya jika mahu. Jika susah sangat, beli sahaja tablet betik muda yang ada dijual di farmasi. Mudah kan?
#9 Bijan
Masyarakat Cina dan Jepun gemar mempraktikkan penggunaan bijan di dalam masakan mereka kerana ia mengandungi khasiat yang istimewa. Buat anda yang gemarkan hidangan sushi mahupun lauk pauk yang diinspirasi dari masakan ala Cina, bolehlah mengamalkan pengambilan bijan untuk menambah penghasilan susu badan.
#10 Halia
Selain dapat memanaskan badan, halia juga dapat tingkatkan penghasilan susu badan. Rasanya tiada masalah untuk kita sebagai masyarakat Asia untuk mengamalkan cara ini kerana kebanyakkan masakan Melayu, Cina dan India juga turut memanfaatkan Halia sebagai antara ramuan utama di dalam sesebuah masakan.
Selamat beramal!