Nak cabar keberanian anda untuk berdepan dengan makhluk-makhluk mistik dan menakutkan ? Acara Back-2-KidZ yang diadakan saban tahun oleh Kidzania Kuala Lumpur kini kembali dengan edisi khas ‘Scary Fun Festival’ sempena hari Hallowen. ‘Scary Fun Festival’ akan menghantui pengunjung pada 28 Oktober dan 5 November 2016, bermula jam 6:00 petang hingga 9:30 malam.
Peserta akan bermain pelbagai aktiviti menarik dan menakutkan yang disediakan khas untuk pengunjung yang berumur 16 tahun ke atas. Hanya pengunjung dewasa sahaja layak masuk ke Kidzania pada dua tarikh tersebut. Antara aktiviti seram yang bakal disertai oleh pengunjung ialah Scary Maze – mencari jalan keluar dari rumah usang yang seram, Abandoned Hotel – melepaskan diri sebuah bilik mengikut masa yang diberikan, Zombie Escape – menyelamatkan bandar dari serangan zombie dan Spooky Hunt – memburu petunjuk untuk menyelamatkan bandar dari serangan hantu.
Mungkin ada yang ingin kelainan dari aktiviti di atas, pengunjung juga bertukar menjadi ‘hantu’ dengan menyertai aktiviti bersama mereka. Seperti The Walking Dead Parade, Pocong Run, Blindfolded Painting Challenge dan banyak lagi. Lebih menarik lagi, pengunjung yang memakai kostum Hallowen terbaik (Best Dressed) akan diberi hadiah cenderahati.
Bagi anda yang berminat untuk ke Kidzania pada 28 Oktober dan 5 November ini, tiket Back-2-KidZ ‘Scary Fun Festival’ boleh di beli di kaunter Kidzania Kuala Lumpur pada harga promosi early bird RM 48 dan pembelian tiket walk-in pada tarikh tersebut pada harga RM58. Anda juga boleh mendapatkan secara online di laman web 11street.my.
Untuk informasi lanjut, anda boleh hubungi 1300 88 KIDZ (5439) atau layari laman web Kidzania Kuala Lumpur dan Facebook Kidzania Kuala Lumpur.