Untuk pengetahuan anda, bersempena dengan sambutan ulangtahun ke-20 Astro, semua pelanggan Astro boleh menikmati saluran Astro Fiesta (CH 996 / HD CH 998) secara percuma bermula 10 Oktober sehingga 31 Disember 2016.
Astro Fiesta menampilkan konsert antarabangsa dan tempatan terulung seperti Katy Perry – The Prismatic World, Konsert Mega Gegar Vaganza, Mayday Nowhere Concert, International Superstar 2015, I AM – SMTOWN Live World Tour di Madison Square Garden; Queen – A Night at the Odeon; MTV World Stage dan banyak lagi.
Pelanggan dengan kotak sambungan talian boleh menikmati OD Fiesta, saluran khas yang menampilkan siri TV pilihan seluruh dunia antaranya The Walking Dead, Outcast; rancangan bersiri Korea, Love in the Moonlight, Doctors, Jealousy Incarnate; siri TV Kantonis dan Hokkien, The Hiddens, Brother’s Keeper and My Sister; rancangan Tamil terbaik Seethaiyin Raman; rancangan kegemaran tempatan, Akademi Fantasia, Lara Oh Lara dan Superstar 2016 – segalanya on demand, secara percuma. Pelanggan hanya perlu sambungkan Personal Video Recorder (PVR) kepada sambungan Wi-Fi di rumah untuk mula menonton OD Fiesta.
Bukan itu sahaja, anda juga boleh mengambil bahagian untuk memenangi salah satu daripada 20 pengalaman seumur hidup eksklusif seperti berikut: –
- Lawatan ke Ireland Utara untuk merasai pengalaman ‘Game of Thrones’, ataupun kelas membuat kek di Buddy Valastro Cooking School, New Jersey seperti ‘Cake Boss!’
- Lawatan ke acara sukan gemilang seperti perlawanan Barcelona vs Real Madrid di Sepanyol mahupun WWE Wrestlemania 33 di Florida ataupun perlawanan Liga Perdana Inggeris di England.
- Lawatan ke Korea Selatan untuk menghadiri ‘2016 MBC Entertainment and Drama Awards’, ‘2016 KBS Awards’ atau ‘2016 SBS Awards’.
- Lawatan ke Hong Kong untuk menghadiri ‘TVB Gala 2016 Show’ atau ‘Movie Studio Gala Dinner Celestial’.
- Lawatan ke Chennai, syurga kepada hiburan berbahasa Tamil untuk melawat studio AVM yang popular dan juga menjadi sebahagian daripada penonton rancangan terbaik seperti Sun TV dan Vijay TV.
- Sehari bersama selebriti terkenal, Zizan atau Johan serta berpeluang membuat penampilan istimewa dalam rancangan mereka.
Bahkan juga, pelanggan Astro boleh bersuka ria di ‘Karnival Astro Fest’ yang bakal diadakan di Taman Tema Sunway Lagoon pada hari Ahad, 20 November 2016. Astro Fest menawarkan hari gembira penuh aktiviti menarik daripada Fox, Discovery, Food Network, Disney dan Astro Ceria, konsert LIVE, kehadiran selebriti terkenal serta peluang untuk menangi pelbagai hadiah menarik.
Untuk info lanjut, sila layari www.astro.com.my/celebrating-you.