Sebagai meningkatkan lagi servis didalam perkhidmatan pengangkutan, GrabCar kini memberi tawaran harga tambang paling rendah dari RM 1.30 per km hingga RM 1.10 per km di Lembah Klang pada hari minggu (weekends) dan hari bekerja (setiap hari kecuali 6pagi – 10pagi dan 5petang – 8malam) berkuatkuasa serta-merta.
“Kami memberi harga tambang baru ini secara serius untuk jangka masa panjang. Dengan tambang baru ini kami akan memberi persaingan didalam servis industri pengangkutan bagi sektor kereta peribadi di kawasan Lembah Klang didalam harga tambang paling rendah dan kualiti servis yang bagus untuk penumpang kami”, kata Jaygan Fu, Pengarah Grab Malaysia.
Contoh, perjalanan dari Bangsar ke KLCC kini hanya RM 11 berbanding dengan servis pengangkutan yang lain harga dari RM 12 dan RM 17. Manakala tambang dari Bandar Utama ke Pavillion hanya RM 17 diluar waktu puncak dan dari Zouk ke TTDI pula hanya RM 18 sahaja.
Fu turut menambah dengan pengurangan tambang ini akan memberi manfaat kepada pemandu separuh masa yang kebanyakannya terdiri daripada orang profesional yang memandu didalam waktu puncak (sebelum/selepas waktu bekerja) dan pada hujung minggu bagi membantu mereka menambah pendapatan.
Untuk maklumat mengenai tambang baharu ini, anda boleh layari https://www.grab.com/my/press/lowestfaresintown/.
Bagi anda yang menikmati kadar baru ini, muat turun sahaja aplikasi Grab dari Google Play dan Apple App Store sekarang!