UNIQLO Malaysia melancarkan koleksi pakaian Musim Sejuk 2016 dengan kolaborasi pertama dari Christophe Lemaire bersama kumpulan R&D UNIQLO Paris. Lemaire sebelum ini pernah menghasilkan beberapa rekaan bersama rumah fesyen Lacoste dan Hermes. Kini, beliau mengambil posisi di pusat R&D UNIQLO Paris setelah bekerjasa didalam koleksi pakaian Musim Sejuk 2015 dan Musim Panas/Bunga 2016 bagi rangkaian UNIQLO dan LEMAIRE.
Koleksi Uniqlo U diilhamkan dari LifeWear yang mengetengahkan konsep pakaian yang berkualiti tinggi dengan rekaan universal, selesa untuk dipakai oleh semua orang dan sesuai digayakan untuk kemana sahaja. Christophe Lemaire dan Uniqlo Paris mencipta suatu kelainan dari rekaan trend yang lain. Beliau mencari elemen yang mencipta keselesaan dan identiti kepada si pemakai dari segi desin, pilihan fabrik dan jahitan.
Sebanyak 52 koleksi Uniqlo U untuk wanita dan 35 bagi lelaki akan dikeluarkan pada November ini. Ia terdiri dari knits, outerwear, dresses dan jaket. Koleksi penuh dijangka akan berada di 67 stor Uniqlo di Jepun, 230 stor Uniqlo seluruh dunia dan 17 butik lain, juga boleh didapati di laman membeli-belah Uniqlo.com.
Untuk melihat lagi rekaan Uniqlo U yang lain, layari laman rasmi khas https://www.uniqlo.com/UniqloU/my/