Anda dah cari barang apa yang ingin diberi kepada keluarga, sanak-saudara malah kawan-kawan untuk Krismas nanti? Kalau masih tercari-cari, nah, Wanista berikan beberapa idea terbaik untuk anda.
Sempena musim perayaan yang bakal menjelma nanti, Crabtee & Evelyn menjemput anda semua untuk menggembirakan hati orang yang tersayang dengan Koleksi Krismas “Feast for the Senses”, yang membawa anda ke dunia misteri yang belum ditemui serta kombinasi bahan-bahan yang tidak dijangka, berdasarkan tradisi sambutan Krismas orang British.
Sertai Crabtree & Evelyn untuk sebuah pesta sambutan gala yang mewah dan meriah, di mana dahan-dahan pokok Krismas dan perhiasan porselin halus bersinar dalam cahaya lilin Noel, di mana udara dipenuhi dengan aroma bunga bermusim dan kalungan berlegaran, ditambah dengan haruman bau nanas, bunga mawar, rempah dan herba.
Deria anda perlu bersedia untuk pilihan makanan yang menjamu selera, haruman yang mempersonakan deria-deria serta krim dan losyen mewah yang melembut dan menyegarkan kulit.
Pada tahun ini, koleksi Feast for the Senses daripada Crabtree & Evelyn mengandungi tiga ikon utama, yang mempunyai maksud istimewa dalam sambutan Krismas orang British – Buah Fig, Nanas dan Earl Grey. Setiap satunya telah mempengaruhi aroma dan perisa dalam koleksi Krismas Feast for the Senses daripada Crabtree & Evelyn dan memberi inspirasi dalam menghasilkan haruman Krismas edisi terhad Festive Fig, Rose Pineapple dan Spiced Earl Grey.
Koleksi Perayaan Krismas “Feast for the Senses” daripada Crabtree & Evelyn boleh didapati di kesemua kedai-kedai Crabtree & Evelyn bermula November 2016.
Untuk maklumat lanjut mengenai Koleksi Perayaan Krismas “Feast for the Senses” jenama Crabtree & Evely, sila layari www.crabtree-evelyn.com.my atau ikuti Facebook Crabtree & Evelyn Malaysia atau Instagram @crabtreeevelynmy.