Diperbuat dari material kulit asli jenis Greco, beg tangan ini menawarkan kesinambungan rekaannya yang penuh dengan kejutan bersama sentuhan unik.
Duke Bag rekaan CH Carolina Herrera yang diambil dari koleksi Duchess ini melambangkan keberanian serta kesempurnaan sesebuah beg tangan yang turut diselitan dengan zip untuk memudahkan si pengguna mencapai barangan peribadi yang di simpan di bahagian dalam utama beg berkenaan.
Boleh diselimpang, disangkutkan ke bahu mahupun dijinjit, reka bentuknya yang ringkas secara tidak langusng mejadikan reka bentuknya tanmpak lebih eksklusif dan versatile sekaligus wanita yang gemar berfesyen berpeluang mengantung rantai logam yang pelbagai terdiri dari motif-motif istimewa yang dicipta khas oleh CH Carolina Herrera untuk memaparkan gaya ranggi bersahaja.
Duke bag terdapat dapat 12 warna pilihan malah ada beg tangan dari siri koleksi ini mempunyai perincian bertekstur pada permukaannya. Sungguh mengasyikkan, setiap satu struktur beg tangan dari koleksi ini semuanya mempunyai ciri dan sifat yang tersendiri -bertepatan dengan personaliti sifat si pemakianya.
Sila layari www.carolinaherrera.com untuk keterangan lanjut.