Semua fesyenista, Wanista ada berita baik untuk anda!
H&M bakal dibuka di AEON Mall Tebrau City pada 27 Oktober 2016 ini. Kedai baharu ini akan mengalu-alukan pelanggan dengan fesyen musim sejuk malah koleksi terkini Modern Essentials Selected by David Beckham.
Untuk fesyen musim sejuk wanita terdiri daripada chic monochrome coats, puffer jackets dan long-sleeved blouses, manakala untuk lelaki pula lebih kepada clean-cut zip-up jackets dan sweaters dari Modern Essentials Selected by David Beckham Autumn/Winter 2016.
Bukan itu sahaja, sempena perasmian ini, 400 pelanggan yang pertama beratur pada hari pembukaan akan menerima giveaway eksklusif manakala 200 pelanggan yang pertama dalam talian juga aka menerima baucer membeli-belah H&M dan berpeluang memenangi baucer bernilai sehingga RM500, sah pada hari pembukaan sahaja.
Untuk info lanjut, anda boleh layari laman web rasmi www.hm.com/my.