Kejohanan golf paling menyeronokkan di Malaysia ‘Sime Darby LPGA Malaysia’ kembali lagi untuk tahun ketujuh. Kali ini akan diadakan di TPC Kuala Lumpur pada 27 hingga 30 Oktober 2016.
Kejohanan ini akan berkampung selama empat hari tanpa henti dengan hiburan, makanan, semuanya di dalam mahupun luar golf.
Jadi apa yang menarik di sana?
Food truck seperti Cowboys Food Truck, Mad Miles, Wheeloaf dan Dr. Brew’s Mystic Mango akan turut serta memeriahkan Sime Darby LPGA Malaysia 2016 di samping menyediakan alternatif yang lazat untuk katering konvensional. Dan jika masih tidak mencukupi lagi, Chef Arnold yang juga dari TPC Kuala Lumpur akan menyediakan sendiri pelbagai hidangan asli Malaysia yang boleh didapati di gerai-gerai makanan di seluruh Zon Festival.
Pada yang bawa anak kecil, ini aktiviti menarik yang disediakan. Kanak-kanak berumur 4-12 akan diberikan akses ke kolam renang (dengan pengawasan) manakala semua remaja akan dapat menikmati Kids Zone’s Playstation, Nintendo Wii, Angry Birds carnival games, arcade machines, giant snakes dan ladders board dan face-painting. Kanak-kanak di bawah 4 tahun memerlukan pengawasan ibu bapa.
Turut serta sekali adalah jagoh golf seperti Lydia Ko, Brooke Henderson, Ariya Jutanugarn, Michelle Wie, Cheyenne Woods, Malaysian Angels yang diketuai oleh Kelly Tan, menjadikan kejohanan ini sesuatu yang anda tidak boleh miss.
Disebabkan itu, team Wanista berbesar hati untuk memberikan 10 tiket eksklusif menyaksikan kejohanan golf Sime Darby ini.
Apa yang perlu anda buat, sangatlah mudah. Hanya perlu menjawab soalan berikut:
Apakah makna ‘Women With Drive’ bagi anda?
Syarat Penyertaan
- Like Facebook Wanista MY dan follow Instagram @wanistadotcom.
- Jawapan hendaklah dihantar ke alamat [email protected] dengan tajuk ‘SDLPGA – Wanista’.
- Sertakan sekali maklumat peribadi seperti Nama Penuh (seperti dalam kad pengenalan), Nombor IC, Alamat Rumah, Emel dan Nombor Telefon Bimbit.
- Peraduan ini hanya sah dari 18 Oktober 2016 sehingga 23 Oktober 2016.
- Seorang hanya boleh menghantar satu penyertaan.
- Keputusan hakim adalah muktamad.
- Setiap pemenang peraduan akan menerima SATU (1) set EMPAT (4) pas bermusim ke Sime Darby LPGA.
- Pemenang dengan jawapan yang paling kreatif dan dimaklumkan melalui email/telefon. Tiket akan dihantar melalui pos ke alamat yang diberikan.
Semoga Berjaya!