Dah penat bekerja siang dan malam, tak salah kalau kita manjakan diri dengan ‘barang’ yang selama ini kita idamkan.
Jadi, sempena musim perayaan, SK-11 menawarkan anda hadiah paling indah iaitu set edisi terhad produk ikonik Facial Treatment Essence dalam reka bentuk yang diilhamkan oleh seni tradisional Jepun dipanggil Suminagashi atau bermaksud “dakwat terapung”.
Seni Suminagashi dipilih kerana ianya berpegang kepada falsafah yang kuat – setiap titik dan pusaran datang bersama-sama untuk mencipta seni yang unik. Menariknya, Facial Treatment Essence Inspirasi Suminagahi ditawarkan dalam tiga rekaan iaitu merah, biru dan hijau, seni ini terukir indah di botol.
Jadi, sudah tiba masanya untuk anda mengubah masa depan dengan hadiah kecantikan yang bakal memberikan kulit cerah berseri kekal sehingga 10, 20 malah 30 tahun.
SK-11 Facial Treatment Essence Inspirasi Suminagashi boleh didapati di semua kaunter SK-11 di seluruh Malaysia dan hanya dijual sebagai sebahagian daripada set perayaan dan tidak terdapat pada botol individu.