Ayam Brand™ tampil menganjurkan sebuah kempen demi menyediakan makanan yang terbaik serta sihat khas buat kanak-kanak. Ayam Brand™ sememangnya antara produk makanan tempatan yang dibuat berasaskan ramuan bebas pengawet dan sihat.
Kempen yang digelar “Bento Kids Can Do!” telah menyediakan sekurang-kurangnya 243,000 makanan sihat untuk kanak-kanak di seluruh Malaysia menerusi program Kempen Amalan Ayam Brand.
Ini merupakan tahun kesembilan pengeluar makanan dalam tin melaksanakan kempen seumpamanya demi memberi manfaat terbaik kepada lebih 16,100 orang di 362 buah pertubuhan amal dan rumah kebajikan.
Untuk musim ini, kanak-kanak yang terlibat telah diajar dengan cara untuk membuat empat hidangan istimewa berbeza berasaskan makanan dalam tin jenama Ayam Brand™ yang disusun mengikut tata cara hidangan bekal jepun iaitu Bento.
Antara makanan yang disediakan untuk set bento perseorangan itu adalah seperti sandwich sardin berbentuk hati, onigri tuna, kacang panggang serta hiasan salad buah. Kesemua hidangan ini adalah berlandaskan tunjuk ajar chef selebriti terkemuka iaitu Chef Loke yang berasal dari Sekolah Masakan T-Garden.
Bukan itu sahaja, kempen ini dijalankan selaras dengan usaha Kementerian Kesihatan Malaysia dalam memerangi masalah obesiti dalam kalangan kanak-kanak serta mengambil langkah progresif untuk mendidik mereka supaya mengamalkan cara pemakanan yang bertepatan dan sihat.
Antara rumah kebajikan yang terpilih adalah termasuk Rumah Anak Yatim Nur Qaseh Taman Melawati, Pusat Jagaan Anak Yatim Miskin Penyayang Nur Iman, Rumah Kanak-kanak Triniti, Rumah Victory – Children and Youth Home, Rumah Shalom, Rumah Sayangan, Angels Children’s Home, Society of St. Vincent De Paul dan Rumah Ozanam.
Ayam Brand™ menekankan sumbangan daripada tuna, sardin dan ikan kembung melalui produknya kerana terdapat bilangan rumah kebajikan yang kekurangan akses terhadap sumber Omega-3 yang baik. Ia juga yang merupakan asid lemak yang penting dan tidak dapat dihasilkan oleh badan manusia.
Untuk keterangan lanjut, sila layari www.ayambrand.com.my atau lawat laman Facebook rasmi Ayam Brand Recipes di www.facebook.com/AyamBrand.Recipes