Bersempena kempen ‘DO YOU’, PUMA dan PUMA Asia Tenggara telah melantik duta sebagai wakil dan jurucakap bagi jenama mereka. Sama seperti Rihanna dan Cara Develingne yang mewakili PUMA, Aktres Siti Saleha dan Miss Universe Malaysia 2015 Vanessa Tesi dipilih mewakili bagi PUMA Malaysia. Kempen ‘DO YOU’ dilancarkan bagi menjadi inspirasi kepada wanita supaya mereka lebih berkeyakinan dan menyerlahkan identiti sebenar wanita berjaya.
Jom kita kenali dua duta Puma yang hebat ini dan ketahui apa yang mereka harapkan dengan tujuan kempen ‘DO YOU’ khas untuk menguasakan diri wanita.
SITI SALEHA
“DO YOU bermaksud mengenali diri anda yang sebenar. Kerana semuanya bermula dari situ. Menerima buruk dan baik diri anda sangat penting. Anda perlu faham mengenainya dan gunakannya sebagai motivasi untuk masa akan datang tapi pastikan ingat DO YOU kerana semuanya bermula dari diri anda!”- Siti Saleha
Siti Saleha model dan pelakon yang telah mempunyai banyak pencapaian cemerlang melalui bekerja dari filem, drama, komersial tv hinggalah ke bidang lakonan teater. Beliau juga terlibat dengan pelbagai program kebajikan sebagai sukarelawan. Memiliki personaliti yang menarik dan wajah cantik, Siti Saleha juga sering menghiasi muka depan majalah.
Walaupun sibuk dengan urusan kerja dan semasa, Siti Saleha tidak pernah lupa meluangkan masa untuk bersenam, kerana beliau percaya dari gerak kerja senaman badan boleh menaikkan keyakinan dari dalam diri.
Dilantik sebagai Duta PUMA, Siti Saleha berharap kempen dapat disampai kepada semua wanita diluar sana supaya menjadi lebih berkeyakinan dan tidak takut untuk mengekspresikan diri mereka. Beliau juga ingin berkongsi kepentingan cara hidup sihat dan bagaimana seorang wanita mengangkat ‘femininity’ sebagai suatu keselesaan diri.
VANESSA TEVI
“Ketahui harga diri anda, percaya dan genggam setiap impian anda, jangan pastikan sesiapa atau apa-apa cuba untuk jatuhkannya dari apa yang anda percaya untuk merealisasikannya. Kenali diri dan tiada siapa yang lebih layak mengetahui diri anda melainkan anda sendiri.” – Vanessa Tevi
Wanita berdarah campuran India dan Cina ini merupakan Miss Universe Malaysia 2015. Disember lepas, Vanessa mewakili Malaysia diacara Ratu Cantik Antarabangsa, Miss Universe di Las Vegas. Kini beliau aktif dengan program pengacaraan didalam bahagian Miss Universe Malaysia Organization.
Ellen Degeneres menjadi role-model Vanessa Tevi. Beliau suka melihat tenaga positif dari Ellen dan sifat baik, pemurah, berjaya dan penyayang – kualiti yang Vanessa ingin ikuti.