Sajian apa yang terbaik untuk anda memulakan hari? Ini wanista ada satu idea bernas!
Sempena National Breakfast Day, McDonald’s nak beri Chicken Muffins secara percuma kepada semua pelanggan mereka. Seriously?
Chicken Muffins yang dibuat dengan patty ayam rangup, keju cair dan muffin lembut merupakan idea terbaik untuk memulakan hari anda.
Dilaporkan, tawaran ini akan berlangsung pada hari Isnin (24 Oktober 2016) pada jam 7 pagi sehingga 10 pagi dan hanya 1000 chicken muffins akan diberikan di setiap restoran McDonald’s seluruh negara yang mengambil bahagian.
Selain itu, anda boleh mendapatkan minuman panas (kopi atau teh) dengan hanya tambahan RM2 atau kedua-dua minuman dan hash brown dengan hanya RM3. Tawaran itu juga sah melalui pandu lalu tetapi hanya satu chicken muffins dibenarkan bagi setiap kereta.
Untuk maklumat lanjut, sila layari Facebook McDonald’s.