Bersempena sambutan Tahun Baru Cina pada Januari 2017 akan datang, Restoran China Treasures di Pusat Konvesyen Sime Darby (SDCC) telah menyediakan pelbagai set menu dari Oktober 2016 hingga 31 Disember 2016 bagi meraikan tahun baru simbolik ayam pada tahun hadapan.
Siapa cepat, dia dapat! Sime Darby membuka peluang kepada anda yang ingin membuat tempahan awal baucer dengan harga yang jauh lebih rendah dari harga asal (RM 1388 untuk 1 meja). Harga terkini ialah :
Meja untuk 5 orang
Oktober 2016 : RM338
November 2016 : RM408
Disember 2016 : RM458
Meja untuk 10 orang
Oktober 2016 : RM598
November 2016 : RM698
Disember 2016 : RM798
Menariknya, baucer boleh dan sah digunakan dari 1 Januari 2017 hingga 28 Februari 2017.
Menu yang dihidangkan dari Restoran China Treasures simbolik dengan maksud kemakmuran, tuah, kejayaan, cinta dan kekayaan. Hidangan yang disediakan semuanya dari bahan segar dan sedap. Antara menu yang disediakan ialah :
Double Boiled Black Chicken Soup with Dried Scallop & Ginseng Root
Roasted Golden Sesame Seed Chicken served with Vietnamese Dressing
Steamed Live Grouper ‘Shanghai style’
Baked Tiger Prawns In Cereal & Oat
Braised Black Moss Roll & Beancurd with Chinese Cabbage
Fried Rice with Diced Chicken & Golden Sea Whelk
Deep Fried CNY Money Bag
Hidangan popular Yee Sang juga boleh disediakan dalam bentuk dine-in dan takeaway dari harga serendah RM98. ‘Yee Sang deliveries’ juga boleh dibuat dari harga RM108.
Jika anda ingin membuat sebarang majlis di restoran atau perlukan ruang makan privasi, tempahan berkumpulan boleh dibuat di Grand Ballroom di SDCC. China Treasures memiliki sijil halal daripada JAKIM, mampu memuatkan seramai 200 orang dalam satu masa serta mempunyai 6 ruang makan privasi yang boleh memuatkan seramai 8 hingga 70 orang.
Waktu Operasi China Treasures:
Makan tengahari: 11.30 am – 2.30 pm (weekdays) / 10.00 am – 4.30 pm (weekend & cuti umum)
Makan malam : 6.30 pm – 10.30 pm
Untuk tempahan, sila hubungi China Treasures di talian 03-2089 3788 atau emel kepada chinatreasures.sdcc@simedarby.com atau sekiranya terdapat sebarang pertanyaan boleh hubungi talian 03-2089 3688 atau emelkan kepada enquiries.sdcc@simedarby.com