Aha! Perasan tak kemana hilangnya aktress terbaik Hollywood Jennifer Lawrance? Tiba-tiba sahaja MIA! Kebiasaanya beliau ‘rajin’ muncul di beberapa rancangan ‘talk show’ di Amerika. Semua tahu Jennifer tidak mempunyai sebarang akaun media sosial dan gambar-gambar yang diambil paparazzi juga tiada memaparkan dari beliau.
Tapi semalam heboh di laman sosial mengatakan Jennifer kini rupanya sedang hangat bercinta dengan seorang jejaka berumur 47 tahun. Darren Aronofsky, seorang pengarah filem yang pernah mengarah Black Swan, Requiem for a Dream dan The Wrestler.
Bagi peminat-peminat Jennifer pasti gembira dengan perkhabaran ini. Akhirnya our Girl On Fire bertemu jua dengan si dia yang berjaya menambat hati beliau.
Menurut dari rakan Jennifer memberitahu PEOPLE, mereka keluar dan bertemu janji secara kasual.
Dan makluman dari The Sun pula, Jennifer dan Darren cuba untuk mengekalkan hubungan ini secara ‘diam-diam’ tapi mereka sememangnya menyukai satu sama lain. Baru-baru ini Jennifer terlalu sibuk menyiapkan sebuah projek dan beliau amat memerlukan bantuan Darren dan dari situlah mereka kerap bertemu. Mungkin dari pertemuan itu mereka telah jatuh cinta.
Walaupun tiada pengesahan dari pihak J Law atau Darren, ramai yang tidak sabar untuk melihat hubungan mereka akan sampai ke pertalian perkahwinan. Harap begitulah.