Kini anda tidak perlukan pelbagai jenis pelembap bibir lagi dengan Softlips yang didatangi dengan fungsi 5-dalam-1. Softlips Cube baharu bukan sahaja didatangi dengan fungsi semua-dalam-satu tetapi ia juga mempunyai reka bentuk kiub yang unik bergaya. Rupanya seperti kiub ais yang membuatkan anda tampak bergaya ketika anda mengoles pelembap pada bibir.
Dirumuskan dengan Teknologi Lip Perfecting, Mentholatum Softlips Cube ini mempunyai fungsi 5-dalam-1 yang memastikan bibir anda terlindung daripada keadaan cuaca yang buruk, kekal lembap dan tampak menarik. Fungsi 5-dalam-1 Softlips Cube bertindak dengan cara yang berikut:
- Menghidrat – Diperkaya dengan ramuan kelembapan premium seperti Shea Butter, Softlips Cube mengembalikan kelembapan bibir kering
- Merawat – Mengandungi antioksidan dan vitamin A, C dan E untuk menenangkan dan memulihkan kulit yang rosak
- Melicin – Dirumuskan dengan emolien unik untuk melicinkan dan melembutkan kulit bibir yang kasar dan mengelupas agar lembut bak sutera
- Melindungi – Melindungi bibir daripada sinaran UV dengan SPF 15
- Menambah sinar – Softlips Cube juga memberikan anda sinaran yang natural untuk menambah seri pada bibir
Softlips Cube datang dalam dua varian, iaitu Fresh Mint dan Strawberry. Ia boleh didapati secara eksklusif di Watsons hanya pada harga RM18.90. Ia juga bebas daripada gluten yang menjadikan ia sesuai untuk mereka yang mempunyai alahan gluten.