Sebagai usaha pencegahan awal penyakit jantung, Nestle telah melancarkan bijiran oat beta glucan buatan Australia yang akan membantu mengurangkan tahap kolesterol. Malah melalui pek sedia dimakan yang pertama di Malaysia ini sekaligus memudahkan rakyat Malaysia untuk sentiasa menjaga kesihatan jantung mereka. Berdasarkan Statistik Kesihatan 2014 dan Kumpulan Data Kardiovaskular Negara, penyakit jantung merupakan pembunuh nombor satu dan menjadi penyebab kira-kira satu pertiga daripada kes kematian di Malaysia.
‘Kita adalah apa yang kita makan?’ Jika kita kerap mengambil makanan yang berlemak dan berkolesterol tinggi, badan kita akan mula mengalami kesukaran untuk membakar minyak dan lemak di mana ianya akan mengakibatkan arteri jantung anda tersumbat dan anda akan tergolong dalam kumpulan yang berisiko mengalami masalah jantung. Sebagai langkah pencegahan, kita seharusnya mula mengamalkan tabiat diet sihat yang mengandungi kumpulan makanan tertentu seperti bijiran penuh dan oat.
“Serat larut yang terkandung dalam oat dikenali sebagai duta glucan menyerap dan menyingkir kolesterol dalam badan, sekaligus mengurangkan dan mengekalkan tahap kolesterol yang rendah,” kata Puan Indra Balaratnam, pakar perunding pemakanan yang berkongsi pandangan beliau mengenai penjagaan aktif untuk kesihatan jantung semasa majlis pelancaran tersebut.
Semangkuk 40g Cheerios Oat Crisp yang mengandungi kepingan yang diperbuat dengan 68% oat gandum buatan Australia menyediakan kira-kira 1.2g daripada pengambilan beta glucan harian yang disyorkan iaitu sebanyak 3g beta glucan setiap hari. Nestlee Cheerios Oat Crisp ini juga memberi khasiat penting yang diperlukan oleh badan seperti fiber, kalsium, zat besi dan vitamin & mineral.
Atilia Haron, penyanyi yang mempunyai minat dalam bidang kecergasan dan Steven Yap, pelakon dan model turut hadir sebagai duta di majlis pelancaran tersebut. Mereka berdua berkongsi kisah perjalanan mereka dalam mengekalkan kesihatan jantung mereka walaupun terikat dengan jadual kerjaya yang sibuk. Steve yang kehilangan bapa tersayang akibat sakit jantung manakala Atilia, bapanya pernah diserang sakit jantung amat menyokong usaha Nestle dalam penjagaan kesihatan jantung dan menasihati rakyat Malaysia untuk mengamalkan rutin pemakanan yang sihat tanpa mengira gaya hidup mereka. “Dengan Nestlee Cheerios Oat Crisp yang sedap dan sedia dimakan ini, tiada alasan lagi untuk berlengah dalam mengamalkanrutin pemakanan sihat ini sekarang,” kata mereka berdua.
Nestlee Cheerios Oat Crisp ini boleh didapati dalam pek 190g dan 400g.
Untuk makluman lanjut mengenai Nestlee Cheerios Oat Crisp, sila layari www.nestle-cereals.com.my. Jangan lupa untuk menyertai kami dengan #CheeriosCheerYourHeart.