Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini membentangkan Bajet 2017 di Dewan Rakyat. Laporan pembentangan bajet tersebut yang ditunggu-tunggu demi rancangan pembangunan negara dan rakyat pada tahun depan itu juga disiarkan secara langsung menerusi beberapa stesen televisyen dan radio tempatan untuk dimanfaatkan segenap rakyat Malaysia tanpa mengira kaum dan bangsa.
Tema Bajet 2017
Menjamin Perpaduan & Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh
Ringkasan Isi Penting Bajet 2017
- Pertumbuhan Keluaran Dalam Negara (KDNK) kekal pada 6% setahun selama hampir 60tahun
- Peruntukan Bajet 2017 berjumlah RM260.8 bilion merangkumi perbelanjaan mengurus sebanyak RM214.8 bilion, perbelanjaan pembangunan RM46 bilion. Ini tidak termasuk simpanan luar jangka sebanyak RM2 bilion.
- Cukai GST kekal 6% dan RM30 bilion telah berjaya dikutip setakat 19 Oktober 2016.
- Sebanyak 9 kemudahan dan inisiatif istimewa diberikan kepada penjawat awam sebagai tanda penghargaan. Seperti kemudahan cuti belajar, kenaikan had pinjaman motorsikal dan perumahan dan lanjutan kontrak bagi pegawai conract of service.
- Projek naik taraf kemudahan rakyat di bandar dan luar bandar, terutamanya bina dan baik pulih penempatan Orang Asli.
- Kadar BR1M 2017 dinaikkan, ia melibatkan tujuh juta pengguna membabitkan peruntukan RM6.8 bilion.
- Membina dan menambah unit rumah di bandar untuk disewa oleh golongan muda yang layak dengan pekerjaan yang tetap termasuk graduan muda yang baru bekerja.
- Geran teksi kepada 12,000 pemandu dengan RM60 juta diperuntukkan untuk geran RM5,000 bagi membeli kenderaan baru & menawarkan permit teksi individu.
- Perkenal ‘Online Connectivity’ bermula Jan 2017, fixed line broadband ditawar dengan kelajuan lebih tinggi pada harga sama. Contohnya, pelanggan 5 megabit sesaat pada harga RM149 akan mendapat 10 megabit sesaat. Juga perkhidmatan jalur lebar di universiti awam ditingkatkan kepada maksimum 100 gigabit sesaat.
- Bantuan kemudahan kepada golongan keluarga miskin, warga emas dan OKU. Serta, Pelepasan GST untuk OKU berdaftar membeli peralatan bantuan.
- Tambah bajet dalam bentuk pinjaman bagi komuniti Cina dan program peningkatan kapasiti dan pendapatan pada komuniti India.
- Melaksanakan pelbagai program keusahawanan Bumiputera antaranya perusahaan industri halal dan pembangunan usahawan belia bersama SME Bank, Amanah Ikhtiar Malaysia, TEKUN, Perbadanan Usahawan Nasional Berhad dan MARA. Serta perkenal skim baru TEMANITA, khusus untuk usahawan mikro wanita.
- Berita gembira untuk pembayar cukai, Perdana Menteri tambah pelepasan cukai untuk pembelian bahan bacaan, komputer dan peralatan sukan digabungkan sebagai pelepasan cukai gaya hidup. Pelepasan ini diberi sehingga RM2,500 setiap tahun, berkuatkuasa mulai tahun taksiran 2017.
- Peruntukan RM25 bilion bagi meningkatkan tahap kesihatan rakyat dan kualiti penjagaan kesihatan. Seperti membina dan menaiktaraf hospital-hospital baharu, menambah bekalan ubat, consumables, vaksin dan re-agen kepada semua hospital dan fasiliti kesihatan Kerajaan.
- Menyokong wanita bekerjaya dengan memberi pelepasan cukai kepada pembelian peralatan penyusuan ibu dan taman asuhan dan pra-sekolah berdaftar mulai 2017.
- Pemberian biasiswa akan diteruskan dengan peruntukan berjumlah RM4.3 bilion pecahan untuk JPA, MARA, Kementerian Pendidikan Tinggi, Kementerian Kesihatan, Kementerian Pendidikan, Kementerian Sumber Manusia dan Kementerian Belia dan Sukan pada tahun 2017.
- Pelbagai program untuk mengurangkan beban kos perbelanjaan sekolah seperti Pemberian Bantuan Persekolahan 100 ringgit, Bantuan Makanan Asrama, Rancangan Makanan Tambahan 1Malaysia dan Menyediakan Elaun bulanan Murid Berkeperluan Khas sebanyak 150 ringgit.
- Sedia isentif diskaun kepada peminjam PTPTN dengan diskaun 15% akan diberikan untuk peminjam yang melangsaikan penuh baki hutang mereka.
Juga, Bajet 2017 kali ini memperkenal Lima Prinsip dan Falsafah Kerajaan dalam Bajet 2017 :
1. Kerajaan yang mengutamakan kesepaduan nasional dalam pembinaan negara bangsa.
2. Kerajaan yang mementing dan memelihara kedaulatan, keluhuran perlembagaan dan undang-undang.
3. Kerajaan yang kohesif dan stabil
4. Kerajaan yang gigih berusaha dengan arah tuju yang jelas, perancangan yang sistematik.
5. Kerajaan terus berpandukan falsafah Islami yang universal sifatnya.