Apa sebab anda menyukai muzik Kpop? Tarian mereka yang bertenaga, paras rupa yang cantik & comel, suara yang mengasyikkan, fesyen mereka yang sentiasa segar ataupun lagu yang cukup catchy?
Untuk makluman anda, Kpop bermaksud ‘Korean Pop’ atau ‘Korean Popular Music’. Ianya terbahagi kepada beberapa genre muzik seperti pop, bubblegum pop, dance, electronic, electropop, hip-hop, rock dan r&b yang berasal dari Korea Selatan. Dikatakan, moden Kpop telah bermula pada tahun 1992 apabila munculnya kumpulan ‘Seo Taiji & Boys’ dengan lagu genre dance dan rap.
Di Malaysia saja, Kpop mula dikenali sejak tahun 2008 di laman sosial dan semuanya bermula apabila kumpulan Super Junior mendapat pengiktirafan antarabangsa menerusi single mereka, ‘Sorry Sorry’ pada tahun 2009. Dari situlah, Kpop terus berjaya menawan hati peminat di Malaysia.
Pendek kata sekali anda memasuki dunia hiburan Kpop, sukar nak cari jalan keluar. Jadi, sebelum anda terjah ke dalam arena Kpop, ini beberapa perkara yang perlu anda tahu.
1. Anda perlu mempelajari ‘terms’ dalam dunia Kpop
Sebenarnya terdapat begitu banyak istilah yang digunakan dalam dunia Kpop. Sebagai contoh maknae (member yang paling bongsu), hyung (istilah yang digunakan lelaki untuk rakan-rakan yang lebih tua), noona (istilah lelaki kepada wanita yang lebih tua), aegyo pula merujuk kepada perbuatan atau aksi comel, comeback, bias, debut manakala fan service digunakan apabila artis kesayangan berinteraksi dengan para peminat serta banyak lagi yang anda boleh tahu dengan sendirinya.
2. Patience is a must
Rasanya ini lebih sesuai digunakan jika anda merupakan YG stan. Kesabaran yang tinggi diperlukan untuk setiap YG stan apabila menanti comeback ataupun debut artis mereka. Agaknya bilalah WINNER nak buat comeback?
3. Anda akan menghabiskan sejumlah wang yang banyak
Di Malaysia sahaja, tiket konsert sahaja boleh mencecah sehingga RM700+ untuk satu tiket. Belum lagi termasuk album, muat turun lagu di iTunes, merchandise, tiket penerbangan untuk anda yang sanggup turun ke negara lain semata-mata melihat artis kesayangan. Sehinggakan anda tertanya-tanya di mana habisnya wang anda.
4. Dunia hiburan kadang-kala agak ‘liar’
Semata-mata untuk fan service, artis Kpop kesayangan anda sanggup buat apa sahaja. Salah satunya bias anda memakai persalinan wanita sebagai kejutan di konsert yang dihadiri. Sanggup melakonkan parody untuk drama popular, sebagai contoh G Dragon menjadi Gil Ra Im semata-mata untuk memenuhi watak dalam drama hebat Secret Garden dan paling best peminatnya tersangatlah enjoy.. Penulis pun suka tau parody tu, GD nampak comel je jadi perempuan!
5. Anda lihat Kpop di mana sahaja
Salah satunya adalah Kpop Reaction. Inilah sebab mengapa video reaksi Kpop tersangatlah popular di Youtube. Bila anda tidak mempunyai kawan dan teman untuk turut serta berborak tentang lagu baru, video reaksi Kpoplah yang menjadi peneman anda, anda boleh melihat reaksi mereka terhadap artis kegemaran anda. Kadang-kala ada reaksi yang positif, teruja dan ada juga yang kelihatan tidak enjoy membuat reaksi. Itu normal kerana mereka juga mempunyai bias masing-masing. Tapi yang paling famous dan setia adalah Youtuber JRE.
6. KPop, KDrama, KVariety
Ya ianya saling berhubung kait. Ada yang memasuki dunia Kpop kerana KDrama, ada pula kerana KVariety, tak kisahlah macam mana sekalipun tetapi ianya memang berkait. Tapi menerusi pengalaman penulis, penulis mula meminati BigBang ketika mereka menjadi tetamu untuk Running Man suatu masa dahulu, ketika itu mereka datang untuk mempromosikan album Alive. Ya, tingkah laku Top yang blur dengan permainan Running Man serius mencuit hati.
7. Fandoms
Setiap artis Kpop mempunyai fandom yang mempunyai nama yang unik dan cerita disebaliknya. Sebagai contoh, jika anda merupakan peminat BigBang, anda digelar sebagai VIP (ringkasan untuk “very important person”), untuk Twice pula digelar Once, 2NE1 menamakan para peminatnya Blackjack, Winner menggelarkan peminatnya sebagai Inner Circle dan beberapa yang lain. Jadi, selepas ini anda jangan pula pening bila ada yang bahasakan diri mereka sebagai VIP, Sone, Elf dan sebagainya.
8. Bias
Merupakan artis kegemaran mutlak anda, yang anda akan sokong tidak kira apa projeknya. Anda akan membeli albumnya sama ada dalam DVD, MP3, CD dan vinyl walaupun beliau langsung tidak boleh menyanyi. Paling hebat anda menyediakan fakta panjang tentang kejayaan bias anda apabila ada fandom lain yang menyerang bias anda.
9. Tiada jalan keluar
Tidak pernah berakhir hiburan Korea. Dengan kemunculan ramai artis seperti Blackpink, Twice, Ikon, GFriend dan ramai lagi menyebabkan anda setia mendengar muzik mereka, setiap kali mereka comeback, andalah manusia paling bahagia. Betul tak?
Ada lagi tak yang penulis tertinggal? Kalau ada bolehlah komen di bawah ini. Dan lagi satu ada tak pembaca Wanista yang alami perkara sebegini? Nak minat ke tak nak minat, itu terpulang pada individu… Peace 😀