Sunday, April 18, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Makanan

(Review Makanan) Hidangan Steamboat D’Kayangan, Shah Alam Ada Lebih 24 Jenis!

by Izzah Azizah
December 2, 2016
Foto - arkib Wanista.com

Foto - arkib Wanista.com

31
VIEWS
Share on FacebookShare on WhatsappShare on Telegram

Sudah menjadi lumrah kehidupan orang Malaysia untuk menghidangkan jamuan makanan yang banyak kepada keluarga dan tetamu. Bukan sahaja dirumah, malah jika makan diluar juga pasti kita akan menempah meja dan hidangan dahulu. 

Rakyat Malaysia tidak asing lagi mendengar dan menjamu juadah makanan steamboat bukan? Juadah yang mempunyai pelbagai jenis makanan laut untuk dimakan bersama sup atau kuah. 

Baru-baru ini Team Wanista berpeluang ‘menadah perut’ di Restoran D’Kayangan, Shah Alam. Yes, restoran yang berkonsepkan hidangan steambot dan grill! Lokasi D’Kayangan tidak susah untuk dicari hanya menggunakan aplikasi waze anda pasti tidak sesat dan berada betul-betul dibawah Apartment Acapella pasti tidak mempunyai masalah untuk mencari ruang parking kenderaan. 

Foto - Insider

8 Makanan Baik Boleh Hilangkan Panik Semasa Penerbangan

November 18, 2020

Jawline On Point, Lakukan Perkara Ini Boleh Hilangkan Dagu Berlapis

October 30, 2020
SONY DSC
Foto – arkib Wanista.com
Foto - arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Bila melangkah masuk ke dalam restoran, mata penulis tertancap pada dekorasi restoran yang cukup simple dan selesa. Ruang makan dibahagikan kepada dua bahagian, luar dan dalam. Jadi anda boleh memilih mengikut kesesuaian anda datang bersama siapa, kalau datang dengan kawan-kawan lebih baik lepak dibahagian luar sahaja, hirup udara segar dan pastilah kalau orang muda remaja ini bercakap umpama ‘makan mikrofon’ lebih okay stay diluar. Bagi yang anda bersama keluarga mungkin sesuai dan selesa  di ruang dalam yang lengkap dengan penghawa dingin. 

Foto - arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto - arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto - arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Okay, penulis akan cerita bahagian yang dinantikan oleh pembaca ialah tentang makanannya! 

Klik pada gambar untuk paparan besar.

Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Memang tak akan puas bila makan di D’Kayangan sebabnya mereka ada 24 jenis makanan laut dan daging, ayam yang disalut dengan pelbagai jenis perisa. Kalau ditambah dengan makanan sampingan seperti nasi, lauk-pauk, minuman, buah-buahan, kuih-muih semuanya 150 jenis makanan di restoran ini. Fuhh..Tak cukup pinggan nak pilih semuanya. 

IKLAN

Bukan itu sahaja, kambing panggang pun ada! Kambing panggang dicicah sos black pepper..memang terbaik. Jangan risau D’kayangan memang beri kambing panggang untuk setiap hari, jadi anda tak akan terlepas peluang untuk mencuba. 

Foto - arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto - arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Amacam? Kecur tak air liur anda? Hehehe… Sekarang jom tengok apa yang Team Wanista ‘hadap’, of course lah sup pilihan kami Tom Yam pedas. Hidangan steamboat yang paling memikat di D’kayangan pada penulis ialah aneka salutan daging dan ayam untuk di grill. Kegemaran penulis ayam black pepper, udang segar, ABC dan sayur-sayuran celur.

Klik pada gambar untuk paparan besar.

Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Penulis rasa tidak susah jika anda ingin mencari tempat makan-makan yang sesuai untuk keluarga besar atau parti reunion bersama rakan-rakan. Siapa yang tak suka steamboat kan? Lagi-lagi kalau buffet steamboatnya memang tak menang tangan nak pilih dan sedap. 

Foto - arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com
Foto - arkib Wanista.com
Foto – arkib Wanista.com

Harga yang ditawarkan oleh D’Kayangan pun sangat berpatutan berbanding dengan mana-mana restoran steamboat yang lain iaitu hanya RM33 untuk dewasa dan RM18 bagi kanak-kanak. Bagi anda yang memang dah merancang untuk makan besar bersama keluarga dan rakan, boleh terus ke D’Kayangan di Shah Alam berhampiran Apartment Acapella Seksyen 13.

Makan memang puas!  

unnamed

Tags: (Review Makanan) Hidangan Steamboat D'Kayangan5 Restoran Steamboat Halal Sekitar Lembah Klang Yang SedapD'kayanganmakananrestoran steamboatreviewreview makananShah Alam Ada Lebih 24 Jenis!steamboat
Share1SendShare

ARTIKELTERKINI

Suka Pakai Pink Maksudnya… Wanista Selongkar Rahsia Warna Baju Pilihan Lelaki

9 Tips Penjagaan Kebersihan Wanita Yang Perlu Diberi Perhatian

6 Transformasi Jaya Bachchan Dari Artis Muda Sehingga Menjadi Ahli Politik

Pakar Nutrisi Kata ‘Makanan Sihat’ Ini Sebenarnya Tidak Sihat?

Nak Bersama Dalam Bulan Puasa, Ini Waktu Sesuai Kena Tahu

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.