• Latest
Philips Airfryer TurboStar (RM1,299). Foto - Arkib Wanista

2 Resepi Mudah & Berkhasiat Guna Produk Philips. Mari Belajar!

October 25, 2016
Foto - Shopee Malaysia

‘Bunuh’ Nyamuk Guna Barang Harga RM1 Di Shopee

March 2, 2021
Foto - Pinterest

Patutlah Tak Kurus, Kalori Kena Jaga Kalau Nak Amal Diet Sihat

March 2, 2021
Food Mess

Mendatangkan Bahaya, 6 Perkakas Dapur Kena Tukar Setiap Tahun

March 2, 2021
Foto - Instagram

7 Fesyen Golden Globes 2021 Paling Cantik Dan Buruk

March 2, 2021
Foto - Pinterest / Twitter

Kontroversi Lipstick PinkFlash, Ini Sebab Kenapa Ia Sangat Bahaya

March 2, 2021
Foto - Nu Skin

Kulit Kamu Dapat 6 Manfaat Bila Guna Peranti Nu Skin ageLOC(R) Boost™

March 2, 2021
Foto - Pinterest

Sebelum Beli Produk Penjagaan Wajah, Kenali Jenis Kulit Terlebih Dahulu

March 1, 2021
Foto - SCMP/Considering Apple

Aplikasi Clubhouse, Apa Bagusnya Sampai Mark Zuckerberg Dan Elon Musk Pun Guna

March 1, 2021
Foto - Pinterest

Ramai Kata ‘Lucid Dream’ Bagus, Mimpi Apa Sebenarnya Ini?

March 1, 2021
Foto - Youtube

Siapa Mafia Ganas Disebalik Watak Alia Bhatt Dalam Filem ‘Gangubai Kathiawadi’?

March 1, 2021
Foto - Times of India

Bahaya 10 Tabiat Yang Menyebabkan Kerosakan Otak

March 1, 2021
Foto - Instagram Bella Hadid

10 Tahun Sengsara Autoimun, Bella Hadid Kongsi Kisah Hidap Penyakit Kronik

March 1, 2021
Tuesday, March 2, 2021
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips
No Result
View All Result
Wanista.com
No Result
View All Result
Home Makanan

2 Resepi Mudah & Berkhasiat Guna Produk Philips. Mari Belajar!

by Malisa Aina
October 25, 2016
Philips Airfryer TurboStar (RM1,299). Foto - Arkib Wanista

Philips Airfryer TurboStar (RM1,299). Foto - Arkib Wanista

27
VIEWS
Share on FacebookShare on Twitter

Hari Makanan Sedunia adalah acara menggembirakan yang meraikan perkara yang menjadi kegemaran bersama semua rakyat Malaysia, iaitu makanan. Rasa gemar ini tidak mengejutkan disebabkan Malaysia terkenal dengan pilihan makanannya yang pelbagai dan banyak daripada masyarakat Melayu ke Cina hinggalah ke India dan Barat serta banyak lagi.

Sempena dengan Hari Makanan Sedunia pada 16 Oktober, Philips Malaysia telah berkerjasama dengan penulis buku masakan dan Chef Selebriti Marina Mustafa untuk menyediakan hidangan lazat menggunakan alatan memasak inovatif Philips. Resipi yang dipilih telah disesuaikan oleh Chef Marina supaya lebih sihat dengan sedikit perubahan mudah seperti menggantikan santan dengan susu soya dan menggunakan hanya sedikit ataupun tiada minyak semasa memasak.

Chef Marina Mustapha. Foto - Arkib Wanista
Chef Marina Mustapha. Foto – Arkib Wanista

Dengan set alatan dapur yang betul, anda boleh menikmati hidangan kegemaran dengan cara yang sihat. Untuk membantu anda menyediakan hidangan masakan sendiri sepanjang tahun dengan masa persiapan dan memasak yang lebih pendek, Philips menawarkan rangkaian alatan dapur inovatif seperti Philips Airfryer TurboStar, Philips Electric Pressure Cooker, Philips Noodle Maker dan Philips Cooking Blender.

Oleh itu, penulis berbesar hati untuk berkongsi beberapa juadah mudah resepi mudah oleh Chef Marina yang boleh anda buat.

Ayam Percik Kebab

Ayam Percik Kebab. Foto - Arkib Wanista
Ayam Percik Kebab. Foto – Arkib Wanista

Menggunakan Philips Airfryer TurboStar dan Philips Cooking Blender. Menariknya untuk resepi ayam percik kebab, chef tidak menggunakan santan atau minyak, menjadikannya pilihan yang lebih sihat untuk jantung.

Santapan untuk 4 orang.

Bahan-bahan yang diperlukan:

IKLAN

  • 2 keping dada ayam, kalau anda ingin gunakan bahagian lain juga boleh, asalkan ambil isi sahaja.
  • 1/2 sudu teh jintan putih
  • 1/2 sudu teh ketumbar
  • 1/2 sudu teh garam untuk diperap
  • 2 biji bawang merah, dihiris
  • 1 inci halia yang juga dihiris
  • 5 ulas bawang putih
  • 3 batang serai, dihiris
  • 2 inci lengkuas, dihiris
  • 1 inci kunyit hidup, dihiris
  • 1/2 cawan pes cili
  • 1/2 cawan gula melaka
  • 1/2 cawan air asam jawa
  • 1 1/2 sudu teh garam
  • Tambahan – Bawang besar dipotong dadu, tomato ceri, cili benggala untuk dicucuk bersama kepingan dada ayam (kuantiti ikut kesukaan anda)

Cara membuatnya:

  • Masukkan bawang merah, halia, bawang putih, serai, lengkuas dan akar kunyit ke dalam Philips Cooking Blender untuk dikisar.
  • Putar tombol ke kanan dan kisar sehingga lumat dan sebati semuanya.
  • Buka tudung dan tuangkan pes cili, gula melaka, jus asam jawa dan garam.
  • Putar tombol di sebelah kiri dan masak bahan-bahan untuk 25 minit.
  • Untuk membuat kebab, potong dada ayam lebih kurang 1 inci bersaiz kiub.
  • Taburkan jintan putih, ketumbar, 1/2 sudu teh garam dan 3 sudu besar sos percik yang dimasak awal tadi.
  • Sekarang anda boleh sediakan sate – cucuk dada ayam, bawang dan ceri tomato secara selang seli (ikut kesukaan, kalau tak nak letak bawang pun boleh, kalau nak letak cili benggala juga boleh)
  • Set Philips Airfryer Turbostar ke 190°C dan letakkan cucuk sate ke dalam Philips Airfryer Turbostar.
  • Masak selama 6 minit ataupun sehingga sate masak.
  • Untuk hidang, anda boleh curahkan sos percik ke atas sate ataupun diletakkan ke dalam mangkuk. Ikut pilihan.
  • Sekarang siap dan boleh makan!
Philips Cooking Blender. Foto - Arkib Wanista
Philips Cooking Blender berharga RM1199. Foto – Arkib Wanista

Nota : Philips Cooking Blender adalah jalan mudah untuk menyedikan makanan lazat setiap hari. Daripada jus ke sup adunan atau puri buatan sendiri hingga ke smoothie bernutrisi, kaedah masakan manual dengan masa dan suhu boleh laras membolehkan anda membuat dan memanaskan minuman dan makanan dengan menggunakan hanya satu alat. Malah anda boleh mengadun ramuan dan memasak sos terus menerus dalam alat pengadun, tanpa perlu bersusah menggunakan periuk berasingan. Dilengkapi teknologi Problend 6 yang inovatif, bilah bergeriginya yang tahan lama dan ultra-tajam boleh mengisar buah-buahan, memotong sayur-sayuran dan memecahkan ais dengan sempurna dan berkesan. Daya tahan baling kaca berkualiti tinggi meminimumkan calar dan amat sesuai untuk memproses bahan sejuk ataupun panas.

Pencuci Mulut Pengat Ubi

Pengat Ubi yang dimasak menggunakan Philips Electric Pressure Cooker. Foto -Arkib Wanista
Pengat Ubi yang dimasak menggunakan Philips Electric Pressure Cooker. Foto -Arkib Wanista

Untuk resepi ini, chef menggantikan santan kepada susu soya dan sugar biasa kepada gula melaka/gula perang untuk hidangan yang lebih sihat.

Hidangan untuk 4 orang.

Bahan-bahan:

  • Ambil setengah ubi keledek kuning dan oren, keduanya dibuang kulit dan dipotong dadu.
  • 2 daun pandan diikat.
  • 1/2 cawan gula melaka/perang
  • 1 cawan susu soya
  • 1 cawan air

Cara menyediakan Pengat Ubi:

  • Masukkan ubi keledek, air, daun pandan dan gula melaka ke dalam Philips Electric Pressure Cooker.
  • Tekan SOUP dan START. 
  • Apabila Philips Electric Pressure Cooker berhenti memasak, buka tudung dan masukkan susu soya. Sekarang kacau lagi.
  • Pengat Ubi boleh dihidang sejuk atau panas.

Selamat Mencuba Semua!

Tags: Hari Makanan Seduniamakananmakanan sihatphilipsphilips malaysiaproduk philipsresepiresepi mudahresepi philips
Share1Tweet1Send

TRENDINGMINGGU INI

Jangan Keliru, Ini 10 Maksud Status “Tracking” PosLaju

2 Resepi Mudah & Berkhasiat Guna Produk Philips. Mari Belajar!

Imbas Kenangan K-Drama 2020, Tatkala Berkunjung Ke 5 Lokasi Hot Spots Ini

Resepi Koktail Susu Paling Sedap!

Elak Lakukan 10 Perkara Ini Bila Bermesej Dengan Lelaki

Jawab Soalan Temuduga Dengan 15 Jawapan Ini Supaya Majikan Terpikat

Wanista.com

Wanista.com membawakan anda berita and artikel terkini dunia kecantikan, fesyen dan gaya hidup wanita dan fashionista Malaysia.

Hubungi kami: newsdesk@wanista.com




  • Tentang
  • Kit Media
  • Kerjaya
  • Pengiklanan
  • Terma

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.

No Result
View All Result
  • Kecantikan
  • Fesyen
  • Hiburan
  • Selebriti
  • Cinta & Perhubungan
  • Tips

© 2021 Vijandren Ramadass. All Rights Reserved.