Bold. Playfull. Print. Itu antara gambaran terindah untuk Koleksi H&M bersama Kenzo.
Maison Margiela, Karl Lagerfeld, Isabel Marant, Versace, Jimmy Choo, Alexander Wang dan Balmain merupakan antara label mewah yang pernah bekerjasama dengan H&M. Sentiasa melahirkan koleksi unik dan affordable daripada ciptaan pereka hebat mereka, koleksi kolaborasi seperti biasa dijangka hangat dan menarik ramai fesyenista berkampung untuk mendapatkan koleksi kolaborasi.
Pada bulan Mei, H&M mengumumkan secara rasmi bahawa Kenzo merupakan kolaboratornya untuk tahun ini. Apa yang penulis suka pada koleksi Kenzo X H&M kali ini adalah elemen out of the box yang membawa tenaga cukup kuat untuk semua orang. Anda mampu mengenakan print on print dalam satu fesyen? Mengambil rujukan daripada Kenzo Takada sekitar tahun 70 dan 80an, setiap item mempamerkan motif corak berani, tekstur, cetakan dan warna, langsung tiada unsur suram untuk koleksi KenzoxH&M kali ini.
Untuk pengetahuan anda, koleksi ini hanya boleh didapati di H&M Lot 10 dan H&M Avenue K pada 3 November 2016.