Aktor Bae Yong-joon dan isterinya, penyanyi dan aktres, Park Soo-jin, mengumumkan kelahiran bayi lelaki, anak pertama mereka, semalam.
“Soo-jin melahirkan bayi lelaki di klinik perbidanan di Gangnam. Kedua-dua ibu dan bayi dalam keadaan sihat,” kata agensi pengurusan Yong-joon, Keyeast Co.
Kedua-duanya berkahwin Julai tahun lalu dan mengumumkan kehamilan Soo-jin pada April lalu.
Yong-joon, 44, menjadi antara bintang paling berjaya dalam Gelombang Korea atau Hallyu, dengan memegang watak dalam drama popular “Winter Sonata”, disiarkan pada 2002 terutama di Jepun, yang mana beliau digelar “Yonsama.”
Soo-jin, 30, menganggotai kumpulan idol Sugar dan memulakan kerjaya lakonan selepas kumpulan itu dibubarkan pada 2006.
Terbaru, beliau menjadi hos rancangan makanan televisyen popular “Tasty Road”, yang memperkenalkan restoran terkenal dan trendy di ibu kota ini. – AGENSI