Buat kali keempat Visa dan Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) berkolaborasi untuk berkongsi tentang pengetahuan pengurusan kewangan di Malaysia. Tahun ini, Cent-sible Choice – permainan atas talian popular telah dikemaskini dengan ciri-ciri pengisian terbaru yang bakal membantu rakyat Malaysia khas golongan remaja untuk mengenali tentang fungsi pengurusan kewangan dengan cara yang menyeronokkan.
Pada tahun lepas, lebih beribu rakyat Malaysia mengambil tempat untuk bermain Cent-sible Choice ketika pertama kali dilancarkan. Versi untuk tahun 2016 memperkenal karakter baru direka khas untuk pemain dewasa yang bekerja. Permainan ini diwujudkan dalam dua Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia sesuai dimainkan untuk pemain yang dari bandar dan diluar bandar. Selain itu, untuk kesedaran menyeluruh mengenai pengurusan kewangan, Visa dan GProvision; pemegang lesen bagi permainan board ‘Paxis’ akan mengadakan siri permainan di universiti tempatan.
Cent-sible Choice memberi senario harian yang relevan dan unik kepada generasi muda Malaysia, menggalakan mereka untuk terlibat dalam rutin perbelanjaan yang efektif. Tips kewangan akan diberikan setiap kali mereka membuat perbelanjaan. Pemain yang lebih bijak akan mendapat mata dari pemain yang lain. Mereka boleh mengumpul mata harian, mingguan untuk menjadi pemenang dan untuk mendapatkan mata yang lebih banyak mereka boleh mengajak keluarga dan rakan untuk main bersama.
Antara senario yang diberi mengikut kategori :
- Pemain yang masih seorang pelajar akan diberi tugasan cara mereka berbelanja untuk menyambut parti hari jadi yang ke-21. Dari situ mereka akan diberi pelbagai tips membeli belah dan sebagainya.
- Bagi pemain yang baru sahaja bergelar graduan, mereka akan diberi senario kaedah untuk menjelaskan pinjaman pelajaran dan bagaimana untuk menyediakan bajet bagi yang mengambil pengangkutan awam setiap hari.
- Kategori akhir ialah golongan dewasa yang bekerja, mereka akan diuji tentang pembelian rumah melalui pengeluaran KWSP, kos perbelanjaan majlis perkahwinan dan cara untuk menguruskan bonus secara bijak.
Permainan Cent-sible Choice akan dibuka pada November ini. Menariknya lagi, setiap peserta akan diberi hadiah unuk cabutan bertuah pada setiap minggu dan berpeluang memenangi hadiah utama RM5,ooo.oo, yang akan diisu didalam kad bayaran pada akhir pertandingan ini. Bagi anda yang berminat untuk menyertai anda boleh mendaftar di www.centsiblechoice.com.my.
Untuk maklumat lanjut mengenai pengurusan kewangan secara inisiatif Visa, sila layari www.visa.com.