Dah jemu dah rasa asyik dengan menu jejemput atau cekodok di petang hari? Wanista kongsikan satu resepi mudah iaitu kentang fritters atau potato fitters untuk menu minum petang baru anda. Bahan yang kena sediakan pasti dah ada dirumah, tak perlu susah-susah nak ke pasar raya untuk membeli. Tak percaya? Okay, cepat scroll resepi dibawah dan serius petang ni anda boleh siap-siap untuk ke dapur.
Bahan-bahan :
3 biji kentang – disagat halus
4 sudu besar tepung jagung
3 sudu besar tepung gandum
1 biji telur
Daun bawang
Serbuk lada sulah
Garam atau Ajinamoto
Minyak masak
CUBA JUGA : Resepi Ubi Kentang Bakar Bersama Kepingan Daging
Cara-cara :
- Sediakan bekas dan satukan kentang yang disagat bersama adunan tepung jagung, tepung gandum, daun bawang, telur, serbuk ladah sulah, garam atau Ajinamoto. Gaul sebati.
- Panaskan minyak masak. Guna sudu atau jari untuk bentukkan adunan leper (untuk lebih rangup).
- Goreng sehingga masak kekuningan. Toskan minyak dan sedia untuk dihidang bersama sos cili.