Perkahwinan aktor popular Bollywood, Shah Rukh Khan dan Gauri Khan boleh menjadi contoh kepada pasangan lain kerana mahligai bahagia mereka berjaya dipertahankan sehingga mencecah suku abad.
Pasangan terbabit, baru-baru ini merancang untuk menyambut ulang tahun ke-25 perkahwinan mereka di Sepanyol.
Shah Rukh Khan yang sebelum itu berada di Lisbon, Portugal, bagi menjayakan penggambaran filem The Ring, dilaporkan berangkat ke negara terbabit untuk berada di sisi isterinya.
Biarpun ramai yang membuat andaian pasangan itu bakal menyambut ulang tahun berkenaan di Mumbai, India, Shah Rukh dan Gauri membuat kejutan dengan meraikan detik bahagia mereka di lokasi berbeza.
Biarpun meraikan detik istimewa berkenaan di luar negara, mereka tetap membuat perancangan mengadakan majlis kecil-kecilan yang dihadiri oleh beberapa teman rapat.
Majlis ringkas serba romantis itu juga bakal diiringi kumpulan muzik untuk menyerikan lagi suasana.
Selepas lapan tahun menyemai cinta, Shah Rukh dan Gauri yang juga penganut Hindu membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga pada 25 Oktober 1991.
Pasangan berkenaan dikurniakan tiga cahaya mata iaitu Aryan (19 tahun), Suhana (16 tahun) dan Ab Ram, yang kini berusia tiga tahun.