Pengumuman dari pihak produser Running Man telah mengejutkan seluruh peminat dunia tentang keputusan Kang Gary untuk meninggalkan rancangan tersebut. Reaksi dari peminat semestinya sedih dan ada diantara mereka masih lagi tidak dapat menerima berita tersebut. Tapi bagaimana pula reaksi ahli Running Man yang lain?
Di sidang media drama terbaharu Song Ji Hyo, My Wife Is Having Affair This Week berkata beliau menyokong sepenuhnya keputusan pasangan Monday Couple itu.
Apabila ditanyakan apakah yang terlintas difikiran semasa mendengar berita tersebut, Song Ji Hyo menjawab, “Saya tiada hak untuk berbicara mengenai hal ini, tapi saya sokong dengannya sebagai rakan sekerja. Saya ingin menjadi rakan kerja yang selalu menyokong oppa Gary. Kami ada menyebutnya di siaran sebelum ini; ‘Pasangan Monday Couple sudah berakhir. Saya mahu semua penonton mengenangnya sebagai memori. Saya berharap anda semua akan menunjukkan minat kepada Friday-Saturday couple didalam drama My Wife Is Having Affair This Week.
Tayangan pertama drama My Wife Is Having Affair This Week pada 28 Oktober, ia adalah sebuah drama garapan semula dari TV Fuji 2007. Song Ji Hyo memainkan watak seorang ibu Jung Soo Yeon yang berkahwin dengan Do Hyun Woo lakonan Lee Sun Kyun. Siri romantik komedi ini juga menampilkan penyanyi BoA, BoA, Kim Hee Won, Ye Ji Won, dan Lee Sang Yeob.
Kemunculan akhir Kang Gary didalam rancangan Running Man pada episod 31 Oktober ini.
Tidak sangka Monday Couple sudah tiada. Kami disini akan selalu merinduimu