Friday, August 6, 2021

5 Alasan Spesifik Kenapa Lelaki Tak Suka Perempuan Bermekap Tebal

Tanpa anda sedari, sebenarnya rata-rata lelaki gemar akan wanita yang biasa-biasa aja… Namun, lain pula pandangan kaum wanita.

Ramai di antara kita suka melebih-lebih sengaja mahu menunjukkan kecantikan yang tidak kekal itu pada lelaki. Apa sebenarnya lelaki lihat dan mahu daripada wanita kesayangannya?

Jom Wanista senaraikan 5 alasan ringkas kenapa lelaki tak suka perempuan bersolek tebal.

#1 Nampak Wanita Lebih Yakin

Lelaki memandang keyakinan seorang wanita itu sebagai sesuatu yang seksi. Bukan mudah untuk seseorang wanita untuk meninggalkan alat solek mereka tanpa keyakinan yang tinggi. Kalau anda berani keluar tanpa secalit mekap di wajah, jelas kelihatan keseksian anda kerana keyakinan anda itu.

#2 Tak Suka Wanita Terlalu Over!

Lelaki sukakan wanita yang cantik tetapi tidak suka dengan wanita yang terlalu obses dengan kecantikan. Nak keluar ke kedai mamak pun, anda ambil masa yang lama mengenakan solekan yang tebal seperti mahu ke majlis makan malam! Kaum lelaki tidak mahu pasangan mereka terlalu bergantung kepada solekan sehingga tidak boleh hidup tanpanya.

#3  Suka Tengok Wajah ‘Naked’ Seperti Baru Bangun Tidur

IKLAN

Apa yang pasti, anda tidak akan mengenakan sebarang mekap sekiranya anda tidur dan lelaki menganggap rupa paras wanita yang baru bangun tidur itu sangat seksi. Bukan itu sahaja, wajah anda yang natural itu membuatkan si dia terbayang-bayang rupa paras anda ketika tidur di sebelahnya setelah anda berdua berkahwin kelak.

#4 Tidak Suka Menunggu Anda Bersiap Lama

Setiap kali anda ada temu janji dengannya, pasti si dia harus menunggu anda di dalam kereta kerana anda mengambil masa terlalu lama untuk bersiap. Lelaki sememangnya tidak suka menunggu, jadi dia lebih suka anda keluarnya tanpa mengenakan apa-apa solekan untuk menjimatkan masanya.

#5 Hendak Si Cinta Hati Cantik Luar & Dalam

Awal-awal kenal memang pilih yang cantik luaran tetapi lama kelamaan, sekiranya anda cantik tetapi tidak pandai mengambil hati, kuat merajuk, suka membebel atau sering menyusahkannya, akhirnya si dia akan bosan. Jadi, cantik luaran dan dalaman itu sama-sama penting untuk memikat hati lelaki.

Macam mana, adakah anda masih suka bersolek tebal? Terpulang pada diri sendiri dan ikutlah selera pasangan. Apa yang penting cinta suami isteri tetap selari dengan kecantikan yang dibawa oleh setiap orang. 

Selamat beramal!

SUMBER

ARTIKEL BERKAITAN

ARTIKELTERKINI