H&M dengan rasa bangga memperkenal aktres antarabangsa dari China, Fan Bingbing dan Li Chen sebagai wajah kempen mereka sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina 2017. Pasangan kekasih ini buat pertama kali melancarkan kempen bersama setelah 520 hari bersama. Dari lensa jurugambar profesional Che Man, beliau memancarkan potrait cinta dan kegembiraan yang bakal menemui pada setiap pasangan yang menyambut hari perayaan bersama. Koleksi ini akan berada di butik pada Januari 2017 dan secara eksklusif di pasaran Asia: China, Hong Kong, Macau, Taiwan, Singapura, Malaysia, Thailand, Indonesia dan Filipina.
“Tahun Baru Cina merupakan tarikh cuti yang amat penting didalam kalendar lunar dan apa yang lebih menarik jika meraikannya bersama yang tersayang? Saya berasa sangat teruja menjadi wajah hadapan H&M sempena kempen Tahun Baru Cina bersama Bingbing. Dengan arahan fotografi artistik Chen Man, kami kehangatan dan kegembiraan yang ditonjolkan dari gambar kempen ini sampai kepada peminat-peminat kami,” kata Li Chen.
“Saya amat gembira dipilih untuk menjayakan kempen Tahun Baru Cina H&M 2017 bersama Li Chen. Semasa Spring Festival, semua orang mahu mengayakan pakaian dalam warna merah. Kami berharap kempen kami bersama H&M merangkumi stail dan kegembiraan untuk Tahun Ayam ini,” Fan Bingbing berkata.
Ini merupakan kali keempat H&M menyambut Tahun Baru Cina dengan menyediakan kempen beserta koleksi khas.
#HM2017CNY
#lunarnewyear