Norway sebuah negara Scandinavian yang berjiran dengan negara seperti Sweden, Finland, Uk dan Iceland. Struktur muka bumi Norway kaya dengan gunung-ganang, glasier dan laluan fjord atau lembah air dari bukit tinggi. Bukan sahaja memberi pemandangan semulajadi yang indah, negara ini juga sebahagian syurga kepada pengembara yang dahagakan aktiviti lasak. Bandar Oslo, merupakan ibu negara yang mempunyai muzium yang tidak jemu untuk dikunjungi dan taman-taman terbuka untuk aktiviti beriadah. Norway mempunyai 4 jenis musim – bunga, panas, luruh dan salji. Musim bunga akan bermula pada bulan April dan berakhir pada hujung May. Tapi salji masih lagi kelihatan di puncak gunung dan bahagian utara Norway juga masih dilitupi salji.
Fenomena Northern Lights
Kedudukan negara Norway yang berdekatan dengan Kutub Utara telah membuka peluang kepada penerimaan cahaya borealis aurora – atau cahaya utara. Ia merupakan dari zarah bercas elektrik dari matahari memancar keatas gas atmosfera bumi. Kawasan Kutub Selatan juga berlaku fenomena ini dipanggil australis aurora – cahaya selatan.
Pelancong yang ingin melihat Northern Lights boleh berkunjung ke bahagian utara Norway pada bulan September sehingga akhir Mac dan fenomena tersebut boleh dilihat bermula pada pukul 6 petang hingga 1 pagi.
Senarai Tempat Untuk Melihat Northern Lights
1. Hammerfest
2. The Lofoten Islands
3. Lyngenford
4. Narvik
5. The North Cape
6. Svalbard
7. Tromso
8. Vesteralen
Antara Gambar Cahaya Northern Lights Pilihan Penulis
BACA : 7 Bandar Selamat Dikunjungi Pelancong Wanita Solo
MENARIK : 10 Bandar Berwarna-Warni Serata Dunia Wajib Dilawati
Info Bonus : Fenomena Northern Lights atau aurora borealis juga boleh dilihat di negara lain seperti Kanada, Amerika Syarikat (utara), Scotland dan England akibat peningkatan aktiviti dan fenomena solar bumi.