Teka-teki kehidupan cinta penyanyi bersuara lantang Adele kini terungkai apabila beliau dikhabarkan sudah mengambil keputusan bersedia untuk bertunang dengan pasangannya Simon Konecki, 42tahun yang juga bapa kepada anak lelaki mereka Angelo, kini berusia 4tahun.
Pasangan ini sudah bersama sejak 2011 dan akhirnya mereka membuka hati untuk mengorak langkah ke fasa seterusnya sebelum perkahwinan.
Sumber dari Mirror, “Mereka telah mengambil keputusan inilah waktu yang sesuai untuk langkah yang seterusnya. Mereka tidak akan menghebohkan berita ini, kerana ini bukan cara mereka, dan anda tak akan lihat Adele yang akan berjalan dengan jarinya dihiasi cincin. Tapi mereka sedia untuk ke langkah seterusnya dan sangat teruja”
Berita baik ini dikongsikan selepas kekasihnya membuat kejutan semasa konsert beliau di Nashville, Tenneesse. Simon menghantar beribu mesej dengan kata-kata cinta melalui konfeti yang turun dari atas pentas.
Adele dan Simon mempunyai hartanah di London, Los Angeles dan Brighton. Simon bekerja dengan badan kebajikan air Drop4Drop dan kerap mengembara.