Harga runcit petrol RON95 dan RON97 serta Diesel untuk bulan November masing-masing naik sebanyak 15 sen seliter berdasarkan perbandingan yang dibuat pada bulan Oktober.
Kenaikan harga bahan bakar itu berkuatkuasa tengah malam ini.
Dengan semakan harga itu, mulai esok RON95 dijual pada harga RM1.95 seliter, RON97 (RM2.30 seliter), diesel (RM1.90 seliter) dan Euro 5 (RM2.00 seliter).
Semakan terbaharu itu menyaksikan harga tertinggi bahan bakar setakat 11 bulan pertama tahun ini.
Pada bulan September harga runcit RON95 dijual pada RM1.70 seliter, RON97 (RM2.15) dan diesel RM1.75.