“Sawrry”, itu merupakan dialog ikonik jelitawan Jun Ji Hyun dalam drama My Love From Another Star dan kini beliau muncul dalam drama baharu bersama Lee Minho bertajuk The Legend of The Blue Sea.
Pelakon berbakat dan cantik, Jun Ji Hyun kembali ke skrin kecil pada November menerusi drama yang dinanti-nantikan ‘The Legend of The Blue Sea” dan rasanya ramai teruja kerana beliau akan memainkan peranan sebagai ikan duyung yang berjuang untuk hidup di zaman moden. Bunyi macam menarik, bukan?
Tapi sebelum itu, Wanista nak beritahu 10 fakta menarik tentang ‘Cheon Song Yi’ yang pasti ramai tidak mengetahuinya.
#1 Dilahirkan pada tahun 1981, sebaya dengan ramai pelakon Korea seperti Kang Dong Won, Song Ji Hyo, Jo In Sung, Jang Nara, dan ramai lagi.
#2 Beliau debut pada tahun 1997 melalui majalah fesyen “ecole”.
#3 Nama sebenarnya adalah Wang Ji Hyun, nama Inggerisnya Gianna Jun.
#4 Beliau hanya muncul dalam empat drama sepanjang 19 tahun kerjayanya.
#5 Beliau pernah menjadi pengacara untuk “SBS Inkigayo”.
#6 Berbanding dengan drama, Jun Ji Hyun telah muncul dalam 13 filem, mega hit merupakan “My Sassy Girl”, bersama Cha Tae Hyun.
#7 Beliau berkahwin pada tahun 2012 dengan individu bukan selebriti.
#8 Suaminya adalah cucu terkenal Pereka Hanbok Lee Young Hee.
#9 Beliau sedang dalam proses untuk mendapatkan ijazah sarjana Sekolah Pengajian Siswazah Media Digital dan Kandungan di Dongguk University malah menerima ijazah Sarjana Muda dalam Drama di universiti yang sama.
#10 Jun Ji Hyun mengandung ketika penggambaran filem “Assassination”.
#11 Gincu jenama YSL yang dipakainya dalam drama My Love From Another Star sold out di Korea Selatan malah menjadi kegilaan wanita di seluruh dunia.
Nantikan drama Jun Ji Hyun ‘The Legend of The Blue Sea” bersama Lee Minho November ini!